suria

Mak ‘pangkah’ lelaki tabligh, risau anak tak cukup makan selalu kena tinggal... Jiran sebelah jadi rujukan rumah tangga terabai

Wanita tersebut dilema antara menuruti kata-kata ibu ataupun meneruskan hasrat berkahwin dengan pilihan hati. Gambar sekadar hiasan

DALAM urusan berkaitan jodoh, antara perkara penting yang patut dititikberatkan adalah mendapatkan restu orang tua sebelum mendirikan rumah tangga.

Memang benar restu ibu bapa bukanlah perkara wajib atau menjadi syarat sah perkahwinan, namun kita dinasihatkan untuk mentaati dan membahagiakan mereka selaku insan penting dalam kehidupan.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan di mana dia tidak mendapat restu ibu untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, ibunya tidak memberikan 'lampu hijau' hanya kerana calon suaminya itu merupakan ahli tabligh.

"Mak kata orang tabligh selalu tinggal bini dekat rumah, biar bini kelaparan. Mak pun bagi contoh jiran sebelah. Jiran sebelah tu, laki dia orang tabligh, lepas tu laki dia selalu tinggal bini dia seorang diri dekat rumah.

"Laki dia tak bagi dia kerja, akhirnya bercerai. Mak takut jadi macam ni," luahnya.

tabligh 2

Golongan tabligh sering berdakwah di kawasan perkampungan. Gambar sekadar hiasan

Berkongsi lebih lanjut, wanita berkenaan berkata dia berat hati untuk memutuskan hubungan dengan pilihan hatinya kerana lelaki berkenaan disifatkan terlalu baik dan seorang yang kuat agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri makan hati, suami nak ikut tabligh tak tinggal nafkah malah paksa gadai emas... kalau bersuara dilabel ‘tak sanggup berkorban ke jalan Allah’

ARTIKEL BERKAITAN: Subuh yang hiba! Anak paling nakal datang minta restu sebelum nikah, bapa nangis teresak-esak selepas solat fikir dosa

"Saya betul-betul berkenan dengan laki tu sebab dia layan saya baik sangat. Saya tak pernah dapat layanan sebaik itu.

"Dia dah banyak habiskan duit dekat saya. Dia tak pernah kasar dengan saya walau sekali pun. Kalau masa marah, dia selalu pujuk sampai saya tenang. Dia selalu ingatkan saya tentang solat, dia pun selalu ajak saya bangun tahajud.

"Hati saya berat nak lepaskan dia. Saya buntu, takut nanti kalau lawan cakap mak, dikira derhaka pula walhal dia tak tahu banyak dah lelaki sakitkan hati saya sebelum ni, tak layan saya dengan elok.

"Apabila dah jumpa yang baik, macam ni pula jadinya... terkilan juga rasa. Tolong, apa yang patut saya buat?" kongsinya lagi sambil meminta pendapat warga maya.

Mak awak risau bersebab. Mak mana yang tak fikirkan masa depan anak dia.

NETIZEN

Luahan wanita tersebut seperti yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding mengundang perhatian warga maya yang turut memberikan pandangan masing-masing bagi membantunya membuat keputusan.

Sebahagian daripadanya mencadangkan supaya wanita tersebut menyiasat latar belakang kekasihnya agar tidak ditimpa masalah kemudian hari.

"Mana-mana lelaki sebelum kahwin memang akan layan kamu dengan baik, siap tunjuk kesungguhan itu ini sampai hati cair. Tapi tanyalah future planning dia. Bagaimana dia cari duit? Komitmen bulanan dia? Mak kamu lebih bijak sebab berfikir jauh.

komen tabligh

Antara komen netizen yang menasihatkan wanita tersebut agar menuruti kata-kata ibunya.

"Mak awak risau bersebab. Mak mana yang tak fikirkan masa depan anak dia. Periksa dulu betul-betul laki tu, jangan (sebab) layan baik, terus sayang.

"Layanan baik daripada seorang lelaki tak cukup kalau kewangan tak stabil. Kecuali kamu pasti bila dia keluar tabilgh, dia boleh sediakan kewangan yang cukup untuk kamu sepanjang dia tak ada.

"Listen to your mom. Kalau nak yakinkan mak, lelaki tu kena tunjuk effort dia pergi jumpa mak, biar mak nampak dia betul-betul boleh provide tempat tinggal, makanan, pakaian yang selesa lepas kahwin," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain