suria

Nampak macam singa putih, tapi bukan... Pemilik susah hati kucing hilang daripada pelukan, terjun lari terkejut dengar mercun

Ciko merupakan kucing peliharaan yang sentiasa dibawa bersiar-siar.

KEHILANGAN haiwan peliharaan yang dijaga sejak kecil pastinya membuatkan hati si pemilik menjadi sayu.

Tambahan pula apabila haiwan tersebut sudah dianggap sebagai ahli keluarga kerana sering meluangkan masa bersama.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang sebagai ikhtiar untuk mendapatkan semula si bulus yang hilang.

Seperti yang dilakukan Ainn Ramadaniah Ibrahim, dia sanggup menawarkan hadiah kepada individu yang menemui kucing kesayangannya itu.

Ciko hilang selepas terlepas daripada pegangan Ainn kerana bunyi mercun.

Ciko hilang selepas terlepas daripada pegangan Ainn kerana bunyi mercun.

Bercerita kepada mStar, wanita berusia 30 tahun itu menyatakan haiwan peliharaan yang diberi nama Ciko hilang ketika mereka ingin memasuki kereta untuk keluar bersiar-siar.

"Ia hilang dalam tangan saya. Pada masa tu, kami sudah berada di hadapan kereta dan cuma mahu masuk ke dalam sahaja.

"Tiba-tiba ada budak lemparkan mercun yang berbunyi sangat kuat. Terkejut dengan bunyi tersebut, Ciko melompat turun dari tangan saya dan terus berlari ke arah kereta-kereta lain yang diparkir berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tawar RM10,000 tak kisah hidup atau mati, kucing jalanan hilang ditemui tapi apa yang berlaku memang tak disangka... bertuah Tekka!

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tak bawa ‘ahli keluarga’ beraya di kampung, wanita terpaksa hadap rumah macam crime scene... lantai tiba-tiba ada corak

"Sejak daripada situ, saya dah tak jumpa Ciko walaupun puas mencari di kawasan sekitar," ujarnya.

Tambah Eksekutif Kewangan itu lagi, kali terakhir bersama Ciko adalah pada 18 April lalu, kira-kira pukul 9 malam di kawasan kediamannya di Kuarters KIPS, USJ6/1, Subang Jaya di Selangor.

Pernah sekali, saya terlupa tutup paip air... jadi rumah menjadi banjir dan dialah yang naik ke katil untuk kejut saya tidur.

AINN RAMADANIAH

Berusaha mencari kucing yang dipelihara sejak dua tahun lalu, dia turut merayu agar mana-mana individu yang menjumpai atau terambil untuk memulangkan semula selain akan memberikan ganjaran.

Malah katanya, flyers juga telah diedarkan di kawasan kejiranan bagi membolehkan orang ramai mengenali kucingnya itu.

Flyers yang diedarkan di sekitar USJ6 dan Taipan.

Flyers yang diedarkan di sekitar USJ6 dan Taipan.

"Sebelum hilang, saya buat potongan 'singa' pada bulunya yang berwarna putih. Ciko merupakan kucing jantan yang belum dimandulkan serta tidak memakai kolar nama semasa hilang," luahnya sedih.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa sebagai Ainn berkata, Ciko merupakan kucing kesayangannya yang manja dan mendengar kata.

"Saya panggil dia abang Iko... bela sejak baru lahir sebab pemberian ahli keluarga.

"Memang saya anggap Ciko macam anak sendiri dan sentiasa bawa dia jalan-jalan sejak usianya empat bulan," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ciko juga pernah mengejutkannya semasa berlaku insiden yang tidak disangka-sangka.

"Ia memang tidur dengan saya di dalam bilik. Pernah sekali, saya terlupa tutup paip air... jadi rumah menjadi banjir dan Ciko la yang naik ke katil untuk kejut saya sedang tidur.

"Kalau tak ada Ciko masa tu, memang tak tahulah apa akan terjadi," luahnya yang masih berharap Ciko dijumpai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain