suria

Pelanggan lelaki ajak abang ‘rider’ buat seks pukul 2 pagi... Netizen syak muka ‘jambu’ punca jadi mangsa selera songsang

Mesej berbaur lucah yang dihantar pelanggan kepada seorang rider.

"NASIB baik diri ini tak kacak."

Demikian antara reaksi netizen di ruangan komen selepas seorang wanita mendedahkan wujud dakwaan gangguan seksual oleh pelanggan kepada seorang penghantar makanan (rider).

Namun tidak kurang juga yang menyuarakan rasa takut dengan situasi berkenaan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa mahupun predator.

Pendedahan Helena mengejutkan warga maya.

Pendedahan Helena mengejutkan warga maya.

Malah ada juga yang menyatakan bukan perempuan sahaja yang perlu berhati-hati malah kaum adam juga boleh menjadi mangsa pada bila-bila masa.

"Menakutkan budak-budak sekarang.

"Pelik zaman sekarang, bukan girl saja yang kena hati-hati, lelaki pun kena hati-hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ada cara ‘special’ minta hantar makanan, rider pun pelik tapi layankan saja - “Ini baru contactless delivery”

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran... rider diminta buat ‘kerja tambahan’ bagi anjing pelanggan makan - “Saya dah la tengah puasa ni”

"Makin menjadi-jadi, sebagai lelaki kita harus dilindungi.

"Scary orang zaman sekarang... Aku punya tak nak terserempak dengan rider atau sesiapa. Suruh drop makanan walaupun di sebalik pintu. Deme (mereka) tanpa segan silu mesej lucah-lucah," ujar beberapa warga maya.

Bercerita mengenainya, Helena memaklumkan insiden tersebut berlaku sekitar pukul 2 pagi selepas rider terbabit menerima pesanan makanan.

Pelik zaman sekarang, bukan girl saja yang kena jag... lelaki pun kena hati-hati.

WARGA MAYA

Pada awalnya pelanggan terbabit hanya meminta rider itu menghubunginya apabila sudah tiba di sekitar kawasan kediamannya.

Namun selepas menerima mesej balas, pelanggan yang merupakan seorang lelaki mula menunjukkan niat sebenar dengan bertindak menghantar mesej lucah.

"Abang Grab hantar makanan sekitar 2 pagi dapat mesej lucah daripada pelanggan berkelamin lelaki yang mahukan perkhidmatan 'ekstra'," ciap Helena ringkas.

Penghantar makanan juga tidak terkecuali menjadi mangsa serangan seksual.

Penghantar makanan juga tidak terkecuali menjadi mangsa serangan seksual. - Gambar hiasan

Terkejut dengan insiden tersebut dan bagi memberi peringatan kepada rakan penghantar makanan lain, rider terbabit kemudiannya membuat hantaran di Facebook miliknya.

Pun begitu ia dipadam atas permintaan keluarga pelanggan lelaki terbabit.

"Posting abang Grab sudah dipadamkan di atas permintaan keluarga 'adik' (pelanggan) itu kerana tertera nama penuh," kata Helena lagi.

Komentar balas daripada warga maya pada status rider terbabit.

Komentar balas daripada warga maya pada status rider terbabit.

Tidak terhenti begitu saja, Helena turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang seolah-olah memandang isu ini daripada sudut jenaka.

"Anda tak patut katakan mesti rider ni hensem (handsome) muka jambu apabila seseorang memberitahu wujudnya gangguan seksual.

"Ia adalah salah, guna otak boleh?" katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain