MENANTU mana yang tidak seronok apabila mendapat seorang ibu mentua yang rajin memasak, semua juadah terhidang di depan mata apabila tibanya waktu makan. "Tak payah masak la. Mak masak dah, makan sini je sekarang. "Dah bangun ke? Mak buat nasi goreng, nak sarapan (datang) sini la. Antara tangkap layar mesej kiriman ibu mentua Ida. "Dah makan gulai ayam pencen dengan pucuk ubi, kalau nak pergi la ambil rumah di mak," demikian antara kiriman mesej si ibu mentua kepada menantunya seperti yang dikongsikan di TikTok. Berkongsi cerita kepada mStar, menantu bertuah itu, Rohanida Abdul Rapar berkata, dia mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamad Alhijri Anasari, 25, pada 10 Disember 2021. Lebih manis dia dikurniakan ibu mentua yang begitu penyayang sejak sebelum bergelar isteri. Ida (belakang, kiri) dan suami (belakang, kanan) bersama ibu bapa mentua dan anak saudara. "Ibu mentua saya ni memang sangat caring. Masa saya dan suami baru bercinta, bertunang pun belum lagi, ibu dia sanggup hantar makanan ke tempat kerja saya. "Sebelum kahwin dia memang penyayang, selepas saya bergelar menantu, lagi terserlah sifat ambil berat dia," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang 'rare'! "Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan" ARTIKEL BERKAITAN: Pelan awal tak menjadi, kereta ibu mentua buat hal lagi, "Mak jangan panggil pomen ya, tunggu kami datang" Lebih mesra disapa Ida, wanita berusia 25 tahun itu memaklumkan bahawa ibu mentuanya, Yunar Munir, 55, sedaya-upaya memberi keselesaan kepada anak menantu. "Kalau boleh ibu mentua tak mahu kami hidup susah. Kebetulan semua anak-anaknya tinggal berdekatan dengan saya dan suami berjiran. Suami Ida (kanan) bersama keluarga. "Hampir setiap hari kami makan masakan mak. Paling saya suka adalah lauk masak lemak dan bakso. Selalu juga dapur di rumah kami tak berasap, masakan mak semua sedap-sedap," ujarnya yang menetap di Kampung Sungai Merab Luar dekat Bangi, Selangor. Berasal dari Bera, Pahang, Ida kini sarat hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Mei. "Bayangkan baru bercinta, ibu mentua dah caring. Sekarang ni saya hamil, bertambah sweet dia. Sebagai menantu, kita kena pandai ambil hati ibu mentua... kita sayang dia macam ibu sendiri. ROHANIDA ABDUL RAPAR MENANTU "Pernah suatu hari, pukul 2 pagi saya tiba-tiba teringin nak makan epal hijau. Mengidam orang mengandung agaknya. "Ibu mentua saya sanggup keluar bersama ayah mentua cari buah tu di kedai mamak dan bagi saya makan, memang sangat terharu," ujarnya lagi. Ibu mentua (dua, kanan) bersama tiga menantu. Selain mengambil berat mengenai makanan, suri rumah itu turut ditanya mengenai keadaan kesihatan dan aktiviti hariannya. "Masa tu saya demam, suami sedang bekerja dan ayah mentua pula pening kepala berehat di rumah. Ibu gigihkan diri hantar saya ke klinik untuk rawatan," katanya sambil menambah ibu mentuanya yang berniaga itu lebih dikenali sebagai Lily. Turut mendapatkan resipi masakan, Ida mengakui berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu mentua yang baik hati. Ibu mentua (kanan) bersama bapa mentua Ida. "Alhamdulillah, saya sangat bertuah. Semoga menantu dan bakal menantu di luar sana turut merasai apa yang saya rasa. "Sebagai menantu, kita kena pandai ambil hati ibu mentua. Kita sayang dia macam ibu sendiri. Macam ibu mentua saya bukan setakat macam ibu sendiri, juga macam best friend! "Mereka orang tua mahu diberikan perhatian dan kita perlu ambil berat. Saya dan ibu mentua sering bertanya khabar walaupun tinggal bersebelahan," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube