KOS sara hidup pada masa kini sememangnya membebankan sesiapa sahaja khususnya yang berada di bandar-bandar besar. Bukan hanya golongan berkerjaya, malah dampak turut dirasai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang menjalani latihan industri di sesebuah syarikat atau organisasi. Ini kerana ramai dalam kalangan mereka didakwa tidak menerima bayaran elaun pada masa ini kerana banyak syarikat masih melalui pemulihan pasca Covid-19. Berikutan itu, seorang pengguna Twitter dengan nama @faridaffy tampil menitipkan pesanan kepada pelajar IPT supaya menolak tawaran latihan praktikal sekiranya organisasi berkaitan tidak membayar elaun. Pemulihan pasca Covid-19 menjadi antara alasan banyak majikan tidak memberikan elaun kepada pelajar latihan industri. Nasihat itu dibuat susulan seorang anak muda menceritakan pengalaman tidak dibayar elaun sepanjang mengikuti latihan industri di sebuah syarikat pemula di Kuala Lumpur. "Jangan terima internship tak berbayar! Semalam di rumah terbuka aku ada borak dengan seorang anak muda ni. Dia baru habis internship kat sebuah startup company dalam KL. Aku cakap la yang dia ni gila. "Ya aku tahu jiwa muda dan masih bersemangat nak cari pengalaman kerja, tapi hidup dalam KL bukan murah. Walaupun dia berjaya tamatkan internship dia tapi aku dengar struggle.. gila lah!" ciapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada elaun! Syarikat beri peringatan awal, minta bakal intern fikir ilmu berbanding duit - “Pelajar yang patut bayar kami” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern trauma turun site! Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual - “Pekerja asing lebih hormat saya” Bapa dua anak itu turut mendedahkan bahawa pemuda terbabit sanggup meminjam wang daripada rakannya demi membayar bilik sewa selain menampung kos perjalanan pergi dan pulang dari kerja. "Paling sedih dia makan roti canai je untuk kenyang. Jelas sekali dia bukan datang daripada keluarga yang senang dan keluarga dia pula tinggal luar KL. "Semoga dengan pengalaman internship dia ini, satu hari nanti dia jadi seseorang yang berjaya dan aku harap aku dapat jumpa dia lagi pada masa hadapan," katanya. Aku tahun 2018 dapat RM200 pun tergeliat tergeliut rasa tak berbaloi langsung NETIZEN Dia turut berharap supaya pelajar lain mengambil iktibar daripada isu pemuda berkenaan, malah berharap sistem itu dihapuskan. "Semoga lepas ni tak ada lagi pelajar yang setuju internship tak berbayar ni. Benda ni harus dihapuskan. Tak guna nak kerah tenaga pelajar dan bagi mereka merana. "Semua orang layak dapat upah untuk kerja mereka," tambahnya. Hantaran itu menarik perhatian rata-rata warga maya yang bersetuju dengan nasihat lelaki berkenaan, malah sebahagiannya berkongsi nasib sama yang mana mereka tidak dibayar elaun sepanjang menjalani latihan industri. Antara komen netizen yang tidak berpuas hati pelajar industri tidak dibayar elaun. "Tak tahu la benda ni masih berlaku atau tak, tapi bidang penerbangan masa saya belajar untuk pembaikan, semua tempat latihan praktikal tak berbayar. "Setuju. Kalau syarikat tak nak bayar mereka perlu sediakan asrama dan makanan, sekurang-kurangnya sepanjang mereka praktikal. "Lagi kejam. Aku rela kerja sales untuk internship. Sekurang-kurangnya ada komisyen," ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube