KECOH di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki yang tertinggal di stesen minyak namun dimarahi ibunya menerusi panggilan telefon. Menerusi video yang dikongsikan, kejadian itu berlaku di kawasan rehat dan rawat (R&R), Seremban, Negeri Sembilan. "Selalu orang tinggal card, wallet (dompet) dan barang. Ni tinggal anak. Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak ditinggalkan ibu bapa sendiri gara-gara cuai. "Budak ni datang tanya nampak kereta Waja mak dia tak. Kita macam eh mak dia tinggalkan dia ke?" tulis pemilik video yang dipercayai kakitangan stesen minyak berkenaan dalam hantaran tersebut. Prihatin dengan apa yang berlaku, wanita berkenaan menghubungi ibu kanak-kanak berkenaan bagi memaklumkan tentang apa yang berlaku. "Al-kisahnya, mak dia dah gerak nak keluar dari R&R Seremban. Lepas tu ingatkan mak dia cemas, rupanya dia kena bebel. ARTIKEL BERKAITAN: Drama keluarga dari Kelantan, tertinggal anak tepi jalan ketika bercuti... sedar selepas 10 minit gerak, netizen marah sebab cuai ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada pengalaman anak hilang” - Wanita mohon maaf rakam detik budak jatuh gelongsor, dibiar bermain seorang diri di taman permainan "Mak dia tunggu dekat R&R kemain lama fikir macam mana nak u-turn. Lepas tu kita pun minta tolong seorang staf hantar adik ni pergi R&R. "Budak ni macam nak menangis tapi dia steady," ujarnya lagi. Walaupun bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu, namun netizen yang menonton video berkenaan 'panas hati' tatkala mendengar reaksi si ibu. Patut JKM saman ibu macam ni, bukannya dia menangis tak perasan anak tertinggal... dimarahi pula anak itu. NETIZEN "Tadi saya rasa mama ambil air wuduk lama," kata kanak-kanak berbaju kemeja-T merah itu kepada ibunya. "Sudah, tunggulah dekat situ. Bertuah betul budak ni," balas si ibu dalam nada kecewa dan marah. Setelah panggilan ditamatkan, wanita berkenaan menasihatkan kanak-kanak itu supaya menunggu ibunya di dalam kedai stesen minyak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ketika itu wajahnya kelihatan malu dan takut selepas mendengar reaksi ibunya. Antara komen netizen di Twitter. Hingga kini video tersebut meraih lebih dua juta tontonan setelah dimuat naik di Twitter. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan si ibu memarahi anaknya atas kelalaiannya sendiri. "Cara mak dia bercakap sangat defensive (pertahankan diri). Lebih nak salahkan dia yang masih innocent (tidak bersalah) kemudian kena tinggal. Ini sangat menyedihkan. "Kenapa mak kau yang melenting. Dia yang tinggal anak dia. Budak ni tahan je nak menangis. Bagus pula tu tak nak tunggu dalam kedai. Tunggu dekat luar. "Patut JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) saman je ibu macam ni. Bukannya kalut dan menangis tak perasan anak tertinggal, dimarahi pula anak itu," kata netizen di Twitter. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube