suria

Anak ‘bertuah’! Kawan tak sentuh makanan dibawa untuk jamuan, sanggup letak di tong sampah - “Besar nanti lebih banyak rejection”

Makanan yang dibawa tidak dimakan oleh rakan.

BAHANG Aidilfitri masih lagi dirasai meskipun sudah berada di penghujung Syawal malah kebanyakan sekolah juga mengambil kesempatan mengadakan jamuan Hari Guru yang disambut pada tanggal16 Mei.

Semestinya pelbagai acara menarik diadakan bagi memeriahkan suasana dan tak kurang juga yang membawa pelbagai hidangan untuk dinikmati tetamu lain semasa jamuan.

Bagaimanapun, video yang tular di media sosial baru-baru ini meruntun hati warga maya gara-gara makanan yang dibawa seorang pelajar tidak dijamah oleh jemputan yang hadir.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan juga menolak pelawaan meskipun ia telah siap dihidang di dalam pinggan.

Makanan yang dibawa salah seorang pelajar sekolah terbabit dibuang kerana tidak dijamah.

Makanan yang dibawa salah seorang pelajar dibuang kerana tidak dijamah.

Malah bagi menjaga hati ibu yang bersusah payah memasak, si anak sanggup membuang makanan yang dibawa.

"Masa kami habis jamuan, lepak tepi dewan dulu sementara tunggu kelas tambahan... kemudian tengok dekat tong sampah ada beg plastik.

"Apabila buka, ada dua bekas penuh dengan kuih. Satu pun tak terusik, jadi kami semua makan sampai habis dua bekas ni," ujarnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga ceria dapat jamu seafood tabur, tapi ramai salah faham tengok video makan di lantai... rupa-rupanya stok plastik pelapik coklat habis jadi punca!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tak makan KFC ketika jamuan, alasannya buat warden asrama nak menitik air mata

Seperti yang dikongsikan @dee, dia terkejut apabila melihat dua bekas penuh berisi kuih diletakkan di atas tong sampah untuk dibuang.

Menurutnya, pada waktu itu dia bersama rakan-rakan lain sedang menantikan kelas tambahan selepas jamuan selesai.

Sudah empat tahun tak bawa makanan kalau jamuan... sebab dah puas kena.

WARGA MAYA

Malah dia mengakui kuih popia karbonara yang dibuang itu begitu sedap rasanya.

Sementara itu dalam satu lagi video berasingan, seorang kanak-kanak yang pada awalnya gembira dengan kek yang dibawa, hanya mempamerkan senyuman tawar selepas rakan-rakannya enggan mengambil kek yang diberikan.

Ibunya juga mengakui reaksi anaknya itu membuatkan dirinya berasa sebak dan sedih.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Bagaimanapun, baginya, situasi yang dialami itu dapat memberi pengajaran berharga buat anaknya.

"Tapi setidak-tidaknya, hari ini awak belajar sesuatu... berkongsi dan berusaha.

"Dah besar nanti akan dapat banyak lagi rejection (penolakan) daripada orang, kecil-kecil pun biasakan diri dengan rejection," ujarnya di ruangan kapsyen.

Menyusuri ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan pengalaman sendiri semasa sambutan Hari Guru dan jamuan makan.

Pemberian kanak-kanak ini tidak diterima oleh rakannya.

Pemberian kanak-kanak ini tidak diterima oleh rakannya.

Ada yang menyatakan pernah mengalami nasib sama seperti kedua-dua situasi yang dikongsikan.

"Sebab itu aku malas nak bawa makanan masa jamuan. Nanti tak habis rasa kasihan pada mak, bangun awal-awal sebab nak masak tapi tak ada orang makan.

"Sudah empat tahun tak bawa makanan kalau jamuan... sebab dah puas kena.

"Aku balik-balik rumah saja terus menangis.

"Sama, mak aku masak rendang, tak ada siapa makan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain