ANEKA barangan yang dijual pada kadar murah menjadikan rangkaian kedai harga patut sering dikunjungi ramai orang. Selain snek, perkakas kereta, alat tulis dan barangan keperluan harian lain, kedai-kedai ini turut menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan dekorasi rumah berkualiti dengan harga serendah RM2.10. Bagaimanapun, seorang lelaki berkongsi pengalaman lucu selepas membeli cermin dari kedai berkenaan dan perkongsian kisahnya turut mencuit hati warga maya. Video yang dimuat naik @pojie_husny di TikTok pada Selasa memaparkan seorang lelaki sedang mengambil beberapa swafoto dirinya menggunakan telefon bimbit di cermin yang dibeli dari kedai berkenaan. Bagaimanapun, cermin itu menunjukkan wajah swafotonya yang amat pelik dengan mata dan hidungnya kelihatan mengecil manakala telefon bimbitnya pula mengembang. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ beli cermin murah, gadis takut tengok muka sendiri... teringat satu makhluk aneh - “Nak betulkan tudung lagilah tak boleh” Menerusi keterangan video itu, lelaki berkenaan mempersoalkan kualiti cermin yang dibeli walaupun mengakui harganya memang murah. “Murah memang murah... tapi...” ujarnya. Aku pernah terbeli letak dalam tandas, gosok gigi pagi-pagi dah badmood NETIZEN Sejak dimuat naik, video tersebut meraih sebanyak 891,800 tontonan, 71,700 tanda suka dan 15,600 perkongsian. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi dialami lelaki berkenaan, selain ada yang berkongsi pengalaman sama selepas membeli cermin dari Eco Shop. “Aku pernah terbeli letak dalam tandas, masa gosok gigi pagi-pagi dah ‘badmood’ tengok muka sendiri. “Kakak aku beli bang. Setiap kali masuk tandas, aku akan gelak tengok muka sendiri. Mudah terhibur. “Bang saya tengah mengandung. Tak boleh gelak ni. Jangan la buat saya macam ini. Penat ketawa ni bang,” ujar beberapa pelayar TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube