suria

Durjana punya suami! Baru sekali seks ditolak, esoknya bawa balik pelacur... tak fikir isteri penat kerja, urus anak

Segelintir lelaki lebih mengutamakan nafsu berbanding memahami masalah yang dialami isteri. Gambar sekadar hiasan.

BUKAN mudah bergelar ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja bagi membantu suami menyara keluarga.

Lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil, si ibu pasti kepenatan kerana terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan keperluan keluarga dan kerjaya.

Secara tidak langsung, situasi ini bukan hanya memberi kesan kepada fizikal dan mental, malah turut mempengaruhi hormon sehingga tahap menjejaskan hubungan intim ekoran terlalu penat.

Begitulah situasi yang dilalui oleh wanita ini.

Kesibukan menguruskan tiga anak yang masih kecil sejak awal pagi dan kemudian meneruskan rutin harian dengan bekerja membuatkan dia menolak untuk 'bersama' suami gara-gara terlalu penat.

pelacur 1

Wanita berkenaan sedang mempertimbangkan hasrat untuk memfailkan penceraian. Gambar hiasan

Namun tanpa disangka, tindakannya itu membuatkan si suami mengambil kesempatan untuk 'makan luar'!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jenis suka skandal, isteri bertahan sebab anggap lubuk pahala! Akhirnya menjanda juga ‘tewas’ kepada wanita muda

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan kahwin, suami gaji RM3,000 pasang perempuan lain... Siap ‘angkut’ naik Genting Highland guna kereta isteri

"Saya penat jaga anak berumur lima tahun, tiga tahun dan tujuh bulan... dan bekerja. Saya akan bangun untuk menyusu badan 5.30 pagi urus anak.

"Hari itu, mak nak jaga anak-anak kejap. Jadi dekat rumah hanya ada saya, baby dan suami. Saya tolak seks dengan suami sebab penat. Then next day, dia bawa balik pelacur ke rumah.

"Saya cuma mohon kata-kata dan nasihat untuk proceed cerai. I'm done," kongsinya.

Bagus pun cerai, langgan pelacur terkena HIV, sian anak bini.

NETIZEN

Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message (DM) ke akaun Twitter @abudialsagoff dan kemudian dikongsikan kepada umum bagi meminta pandangan warga maya.

Sehingga kini ciapan mengenai perkongsian luahan wanita tersebut meraih lebih 1,900 ulang kicau.

Menjengah laman komen pula, majoriti warga maya menyokong tindakan wanita berkenaan yang mahu memfailkan penceraian memandangkan suaminya bertindak di luar batasan serta menyimpang daripada ajaran agama Islam.

komen pelacur

Sebahagian daripada netizen menyokong tindakan wanita berkenaan untuk berpisah dengan suaminya.

"Sister, bila suami awak dah berani bawa balik pelacur depan awak, saya rasa awak dah boleh agak dah benda tak boleh nak diselamatkan, sebab entah-entah belakang awak pun memang dah 'main'. Risiko HIV. Cerai jelah.

"Bagus pun cerai, langgan pelacur terkena HIV, sian anak bini.

"Sis, awak tak rugi apa pun tinggalkan dia. **** bawa pelacur, tak hormat langsung awak sebagai seorang isteri. Tinggalkan dia.

"Ini tak boleh consider apa dah. Record, naik mahkamah, cerai," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain