suria

Pakcik tua terketar-ketar naik tangga, lif apartment selalu rosak... Wanita geram bayar sewa RM1,200 tapi fasiliti teruk!

Penghuni terpaksa menggunakan tangga gara-gara lif rosak.

TAHAP kesabaran bagi setiap orang ada hadnya.

Lebih menambah kecewa apabila aduan terhadap pihak pengurusan kediaman berhubung fasiliti usang hingga menyusahkan penghuni seolah-olah tidak dilayan.

Begitulah pahit yang perlu ditelan Eija Abdullah, 30, apabila terpaksa memanjat tangga setinggi 14 tingkat untuk sampai ke pangsapuri yang didiaminya di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut cerita Eija ketika dihubungi mStar, masalah lif rosak sering berlaku sejak dia menetap di situ.

“Saya sudah lama menetap dekat sini lebih kurang lima tahun. Sebelum ni ada juga lif dekat sini rosak dan mereka baiki semula.

Eija kesal dengan sikap pihak pengurusan di kediamannya.

“Tapi sekejap saja boleh guna, lepas baiki lif tu rosak balik selepas beberapa hari.

“Macam-macam aduan sudah dibuat tapi masih tak ada tindakan daripada pihak pengurusan. Lagi teruk apabila orang tua, orang kelainan kpaya (OKU) dan ramai lagi terpaksa naik tangga sampai tingkat 15.

"Penat macam nak hilang nyawa. Lepas penat balik kerja kena panjat tangga pula,” ujarnya kepada mStar.

Dakwa Eija lagi, sungguhpun lif di kediamannya sudah dibaiki, namun dia merasakan tidak selamat apabila berlaku beberapa insiden yang menakutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kondo tapi perangai pengotor! Lelaki ini selamba buang tahi kucing dari balkoni, siap tampi-tampi pasir najis

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Open house’ bau najis, kembang tekak nak makan... Tetamu ‘sekolahkan’ tuan rumah bela kucing, macam mana boleh bernafas?

“Ada ketikanya lif tu elok untuk beberapa hari je. Kadang tu sampai malam pun okey. Lepas tu rosak semula sampai berminggu-minggu.

"Tapi apabila dah boleh guna, masa lif nak turun tu ada gegaran (shaking). Masa tu macam nak hilang nyawa... takut. Bahayakan penduduk je, memang takut.

“Saya terpaksa guna kuasa viral sebab dah terlalu penat. Saya dah tak tahan kena hadap benda ni hari-hari,” katanya merujuk kepada perkongsian di TikTok.

Hingga kini video yang dikongsikan Eija meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi itu.

Sebelum tandatangan mana-mana kontrak, semak dulu reviu dekat media sosial supaya tak terkena macam saya.

EIJA

Tambah Eja, menyewa rumah di tingkat 14 pangsapuri tersebut dengan kadar RM1,200 sebulan.

Ujar Eija dia mula berfikir untuk berpindah namun perlu menunggu sehingga kontrak sewaan tamat pada September depan.

“Masa tandatangan agrement tak ada pula beritahu fasal isu lif rosak. Keadaan sekeliling pun memang kotor tak bersih.

“Ada juga pakcik dalam lingkungan 60an hingga 70an macam tu dia tak sihat sangat. Tangan dan kaki dia terketar-ketar kena naik tangga tinggi tu. Memang kasihan sangat,” luah Eja lagi.

Keadaan di kediaman Eija.

Tegas Eja, perkongsian video tersebut bukanlah berniat untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa tetapi untuk dijadikan peringatan buat orang ramai.

Namun dia berharap pihak pengurusan mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu fasiliti asas di kediaman bertingkat tinggi.

“Lepas apa yang berlaku ni, banyak benda saya belajar. Walaupun perit dengan apa yang jadi, ia sebuah pengajaran buat semua.

“Sebelum tandatangan mana-mana kontrak, semak dulu reviu dekat media sosial supaya tak terkena macam saya.

“Sepatutnya pengurusan residensi ni ambil peduli dengan masalah penduduk. Tolonglah peka sikit,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain