suria

Seriau tengok orang berani kutip perabot lama bawa balik rumah... Kisah mesin basuh berbunyi 3 pagi paling tak boleh lupa!

Perabot lama boleh digunakan semula setelah dibersihkan dan diselenggara. -Gambar hiasan

TUAH ayam di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Satu video tular dipercayai di Amerika Syarikat menunjukkan seorang wanita menemukan sebuah sofa lusuh di tepi jalan bernilai hampir 8,000 dolar Amerika Syarikat (RM36,560).

Menyedari mendapat durian runtuh, wanita berkenaan membawa pulang sofa itu untuk dipulihkan.

Wanita ini membaiki semula sebuah sofa lusuh.

Setelah setiap inci sofa itu dibersihkan dengan pelbagai kaedah, wanita itu meletakkan perabot tersebut di ruang tamu untuk menyerikan kediamannya.

Kini timbul persoalan dalam kalangan warga maya tentang mengapa pendekatan sebegitu tidak diamalkan di Malaysia walhal lambakan perabot lama juga boleh didapati di tempat pembuangan sampah.

"Di Malaysia, kita tak ambil perabot lama yang dibuang sebab...." kata seorang lelaki berteka-teki dengan warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhantu ke? Karpet wajah Tangmo Nida punca penghuni rumah susah tidur... tak semena-mena terdengar bunyi tangisan, langsir terbuka tutup

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bujang berhantu! Tegak bulu roma nampak kelibat pocong melintas tapi penghuni masih OK walau pintu peti ais terbuka sendiri, lampu tiba-tiba terpadam

Mungkin kerana mitologi yang sudah terpahat dalam cerita rakyat, kebanyakan maklum balas warga maya mengaitkannya dengan unsur mistik.

"Buruk padah bawa balik barang yang tidak tahu asal-usulnya. Ini kisah saya, saya pernah bawa balik mesin basuh lama waktu saya duduk kolej dulu.

"Kami tak pasangkan pun mesin basuh tu ke dengan soket elektrik, tapi setiap kali pukul 3 pagi, mesin basuh tu akan berbunyi.

Kena paling berhati-hati dengan meja solek yang ada cermin.

WARGA MAYA

"Hantu pun basuh baju, patutlah baju mereka selalu warna putih," ujar seorang warga maya.

Menyokong pandangan sama, warga maya lain juga mengatakan setiap barangan terpakai berisiko mempunyai 'penunggu'.

"Barang dibuang ada kemungkinan disumpah, atau pernah jadi tempat pembunuhan, tak boleh sembarangan bawa balik, tahu-tahu je rumah kita dah berhantu.

Setiap barangan antik tidak terlepas daripada kisah seram yang tersendiri. -Gambar hiasan

"Nanti ada kelibat pontianak dan pocong dalam rumah. Mahal dan cantik macam mana pun tak akan dibawa balik.

"Kena paling berhati-hati dengan meja solek yang ada cermin," kata warga maya.

Selain itu ada juga berpendapat punca masyarakat Malaysia kurang berminat dengan barangan lama adalah serangan serangga pepijat.

"Ia sama ada hantu atau pepijat je. Satu rumah kena gigit nanti. Dah payah, semua tilam dan sofa kena jangkit sekali.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tapi jangan risau, ada pakej cuci sofa untuk buang pepijat. Mereka guna wap dan air panas. Kemudian guna penyedut hampagas dan sental. Lepas tu jemur lama bawah matahari dan pengering.

"Memang hilang terus semua pepijat tu," kata warga maya.

Ada juga warga maya yang mengatakan perabot di Malaysia tidak boleh digunakan semula kerana ia kerap 'dihenyak' sehingga lunyai.

"Sebab dekat Malaysia kita pakai sampai hancur. Kalau dekat negara Barat, mereka selalu tinggalkan dekat luar dalam keadaan baik untuk kelestarian alam.

"Boleh digunakan semula kalau ada siapa yang nak, tak terus ke tempat pembuangan sampah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain