"SAYA tak kisah dengan kata-kata orang... siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah?" Demikian kata Nur Arelya Azahar, 24, mengulas mengenai kisahnya yang tular baru-baru ini kerana berkahwin dengan seorang lelaki warga emas. Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Arelya berkata, meskipun jurang usianya dengan suami, Mohamed Saman, 62, terlalu View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mengakui tidak pernah terlintas untuk berkahwin pada usia muda lebih-lebih lagi dipertemukan jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua, Arelya berkata dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah. "Kami mula kenal pada 2019... ketika itu saya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Suami pula selalu datang menjamu selera di kedai. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - “Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan” ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan mak dengan anak!” - Abang bomba pilih wanita beza 20 tahun jadi isteri, ibu pun berkenan siap bagi lampu hijau! "Tidak lama kemudian, ayah saya meninggal dunia. Saya tak datang kerja seminggu dan suami perasan kelibat saya 'hilang' lama, jadi dia bertanya kepada rakan satu tempat kerja saya. "Saya sendiri tak terfikir nak berpasangan selepas ayah meninggal dunia. Dipendekkan cerita, dek kerana kesungguhannya, akhirnya saya terbuka hati untuk menerima dia sebagai suami," kongsi Arelya mengimbas detik perkenalan mereka. Bercerita mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak, Arelya berkata abangnya sendiri pada mulanya keberatan untuk mengizinkan dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2020. "Iyalah... selepas ayah meninggal dunia, abanglah bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Abang mana yang tak risau... adiknya nak kahwin muda, dengan lelaki berusia pula. "Saya juga pada mulanya was-was... iyalah terfikir macam-macam. Macam mana kalau suami sakit, macam mana dengan anak-anaknya... tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," ujar Arelya yang menetap di Kota Bharu, Kelantan. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 13 November 2020. Hampir tiga tahun melayari bahtera, Arelya berkata dia semakin dapat membiasakan diri dengan status isteri dan juga ibu tiri kepada lima anak suaminya hasil perkahwinan pertama. Video dan gambar yang dimuat naik di media sosial ibarat diari digital. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu. NUR ARELIYA AZAHAR "Kuncinya, saling memahami. Suami ikut rentak saya, saya juga ikut rentak suami. Hubungan dengan anak-anak tiri pun okay.... mula-mula saja awkward sebab semuanya dah dewasa. "Hubungan suami dengan abang juga okay malah dah kamceng," ujarnya ketawa kecil. Ditanya sama ada dia pernah berdepan dengan situasi lucu memandangkan suaminya jauh berusia, Arelya berkata perkara berkenaan biasa berlaku. "Saya pernah temani suami di wad kerana dia kencing manis. Ada jururawat tersalah anggap... dia ingatkan kami anak-beranak. Tapi saya beritahu itu suami saya. "Tapi apabila jadi perkara sebegini, saya tak terasa kecil hati pun. Saya pun tak pernah rasa malu," katanya yang kini penjual barangan kosmetik. Areliya merupakan penjual barangan kosmetik. Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Arelya berkata dia sekadar memuat naik video untuk diabadikan sebagai kenangan. "Video dan gambar yang dimuat naik di media sosial ibarat diari digital. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu. Dengan arwah ayah dulu tak sempat nak rakam banyak-banyak, jadi sekarang saya lebih menghargai orang tersayang di sekeliling. "Selagi ada masa, hargai masa orang yang kita sayang," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube