SELAIN budaya dan makanan, kepelbagaian dialek yang dituturkan rakyatnya juga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Seperti kata pujangga jauh perjalanan, luas pandangan, merantau ke setiap negeri dalam negara membolehkan kita untuk menagih pengalaman berharga. Begitulah kisahnya untuk pemuda ini yang berjaya menguasai loghat setiap negeri kerana ingin mengikuti jejak langkah bapanya yang turut mempunyai kemahiran sama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Melalui satu video tular di TikTok, Ainul Imran Kamal, 23, dilihat lancar berbicara dalam pelbagai dialek secara cepat. "Saya mula belajar dialek setiap negeri ni sebab ayah saya. Macam-macam dialek dia boleh buat, jadi saya pun tertarik nak ikut macam dia. "Lagi satu sebab saya pun berminat, kalau kita sendiri tak minat tak boleh juga. Sebenarnya ayah saya dulu kaki travel, dari selatan ke utara Malaysia semua dia berjalan. ARTIKEL BERKAITAN: Makan budu, nasi kerabu... patutlah Pak Arab di Madinah ini lancar kecek Kelate! - “Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah” ARTIKEL BERKAITAN: Apa rahsianya, hanya seminit guru lancar cakap pelbagai loghat... paling sempoi tak ada skrip, semua spontan "Keluarga dan saudara-mara ayah saya pun ada di setiap pelusuk negeri, jadi banyak pendedahan untuk dia. Saya akui dengan ada kebolehan kuasai dialek ni, ia beri satu kelebihan kepada saya. "Paling jelas boleh nampak bila nak buat kenalan, orang akan lagi senang mesra dengan kita. Lepas tu bila nak berniaga dan berjual-beli, senang nak dapat deal dan diskaun," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar. Imran yang merupakan anak jati Johor mengatakan dialek negeri pertama yang bejaya dikuasainya adalah Negeri Sembilan. Loghat negeri adalah kebanggaan orang tempatan di sana, risau kalau tersalah sebut boleh menyinggung perasaan. AINUL IMRAN KAMAL "Dulu waktu tahun 2013 saya pindah ke Negeri Sembilan, sejak itu saya mula belajar loghat pertama saya sebab di Johor tak ada dialek, sana cakap Bahasa Melayu baku. "Perjalanan saya nak belajar dialek ni tak mudah sebab waktu saya mula berlatih dulu memang kena 'bahan'. Saya ada cuba borak dialek utara, kawan saya orang Penang cakap buruk betul bunyinya. "Tapi saya tak senang give up, saya kerap tengok content YouTube daripada John Bear Si Nakal sebab dia cakap Penang best, dia jadi reference saya. Rakan-rakan dari setiap negeri banyak membantu Imran untuk mempelajari suatu dialek itu. "Berlatih punya berlatih, saya test balik dekat kawan orang utara saya tu, terus dia kata saya dah boleh tukar nombor kad pengenalan saya jadi orang Penang," kata Imran yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial. Menurut Imran, mendalami dialek setiap negeri itu mempunyai cabaran yang tersendiri kerana ia tidak boleh dituturkan secara semberono. "Loghat negeri ini adalah kebanggaan orang tempatan di sana, risau kalau tersalah sebut boleh menyinggung perasaan sesiapa. Jadi saya cuma cakap dialek yang saya betul-betul strong sahaja. Personaliti Imran yang ringan mulut memudahkannya untuk mencari kenalan baharu. "Antara dialek yang level of difficulties tinggi adalah Sarawak sebab banyak perkataan mereka yang terus tukar, macam dah bukan Bahasa Melayu lagi. "Saya punya dialek Kelantan pun masih belum valid sebab selalu tercampur dengan Terengganu, ada beza sebenarnya antara dua negeri tu walaupun duduk berjiran. "Dan perlu diingat juga dialek setiap negeri tu boleh dipecahkan kepada daerah-daerah dia, ada beza. Macam contoh, cara orang Bota, Perak cakap akan lain sikit dengan yang di Ipoh. Saya selalu cakap dialek umum sahaja," jelas Imran. Imran mengatakan minat dari dalam dirinya membuatkannya semangat untuk mempelajari dialek. Menurut Imran, antara dialek yang boleh dikira sebagai kepakarannya adalah Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. "Kalau nak berlatih loghat ni memang kena ada sumber rujukan. Kita boleh tengok sekali dia punya body language apabila bercakap tu. Kalau orang utara cakap memang wajib tangan dan kepala geleng punya. Rancak berborak. "Untuk dialek Perak saya selalu tengok dari filem Hantu Kak Limah dan Zombi Kampung Pisang. 'Itulah pentingnya English education' terngiang-ngiang lontaran suara Ucop Wilcha. Filem Zombi Kampung Pisang menjadi rujukan Imran untuk dialek negeri Perak. "Saya akan berlatih, apabila dah rasa okay sikit, saya cari kawan dari negeri tu untuk menilai performance saya. Cuba cakap dengan dia, sesuai ke tak. Kalau dah lulus, baru saya akan tonjolkan. "Antara loghat yang jadi favourite saya adalah Sabah dan Perak sebab lembut je dengar bunyinya. Lagi-lagi orang Perak, susah betul saya tengok mereka ni nak marah apabila bercakap," kata Imran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube