SUDAH banyak perkongsian di media sosial mengenai kes kecurian pakaian di ampaian yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Lazimnya, si pelaku akan menyasarkan pakaian dalam (underwear) wanita, berkemungkinan untuk melampiaskan nafsu seksual atau tabiat yang digelar 'fetish'. Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan 20an mencuri pakaian daripada ampaian di sebuah unit kediaman jenis flat. Gelagat mencurigakan pemuda tersebut berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang berhampiran unit berkenaan. "Pencuri! Ada siapa-siapa kenal ke? Pakai bag hijau, mungkin rider. Dia tak perasan ada kamera tu," demikian kapsyen yang ditulis seorang individu yang memuat naik video di sebuah grup Facebook. Pemuda berkenaan tidak menyedari aksinya mencuri pakaian dirakam CCTV. Menerusi perkongsian video tersebut, pemuda berkenaan dilihat mengenakan jaket dan beg sandang, selain turut memegang bag tote berwarna hijau. Dalam video pertama berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman tersebut, pemuda berkenaan menoleh keadaan sekeliling untuk memastikan line clear sebelum dia menyelak serta memilih pakaian yang digantung. Dia kemudian mengambil sehelai pakaian seperti singlet berwarna putih dan memasukkan ke dalam beg sandang. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rider’ kantoi geledah beg rider lain, mungkin cuma menyamar sebab hanya diam diajak borak tentang ‘order’ ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap! Dalam video kedua berdurasi 10 saat, dia dilihat menarik sehelai lagi pakaian berwarna hitam dan memasukkan ke dalam beg sandang yang sama sebelum berlalu. Wajah pemuda tersebut juga jelas kelihatan dalam rakaman kamera berkenaan. Menurut individu yang berkongsi video berkenaan, kejadian didakwa berlaku di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor. Apalah datang rumah orang hantar order tu hantar je la. Gatal tangan semua nak ambil buat apa? NETIZEN Difahamkan, kejadian berlaku pada 19 Mei lalu berdasarkan paparan pada skrin kamera tersebut. Dalam ruangan komen, individu yang memuat naik hantaran itu berkata, kejadian berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak polis. "Report polis dah dibuat, tuan. Yang dicuri singlet dan tudung. Entah apa nak dibuat tak tahulah. Harap bukan untuk ilmu hitam ke apa. "Memang bagus buat report tuan. Kita tapis orang-orang kurang siuman macam ni untuk tidak terlepas ke masyarakat setempat," demikian tulis individu berkenaan ketika menjawab pertanyaan warga maya. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengecam perbuatan pemuda berkenaan yang hanya memalukan dan mencemarkan imej pekerja servis penghantaran. Netizen mengecam tindakan pemuda tersebut yang didakwa menjejaskan imej rider. "Ba** la... seorang buat tahi, semua kena. "Apalah datang rumah orang hantar order tu hantar je la. Gatal tangan semua nak ambil buat apa? "Nak buat modal me*****p ke?" demikian antara komen netizen. Namun dalam pada itu ada juga warga maya berpandangan supaya orang ramai tidak mudah 'menjatuhkan hukum' atau menghina rider hanya kerana melihat beg tote yang dipegang pemuda berkenaan. "Beg macam tu dekat Shopee pun boleh beli. Senang je nak menyamar rider zaman sekarang. Tapi tak dinafikan juga rider yang buat perangai entah apa-apa," komennya. Selain itu, rata-ratanya turut menasihatkan agar penghuni atau pemilik kediaman agar tidak sewenang-wenangnya menjemur pakaian di kawasan terbuka untuk mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube