suria

Pemandu bas sedap-sedap dalam aircond, biar penumpang berpanas... Lelaki ini naik geram tengok driver tiada adab

Seorang individu tampil membuat teguran terhadap segelintir pemandu bas berdasarkan pengalamannya sendiri.

UNGKAPAN budi bahasa budaya kita membawa mesej positif dalam membentuk masyarakat bersopan santun.

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya timur, sudah semestinya kita wajar menterjemahkannya ke dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, seorang individu tampil membuat perkongsian di laman sosial meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak beradab.

Berkongsi luahan berdasarkan pengalaman sendiri, individu berkenaan turut menceritakan situasi yang dilaluinya ketika menaiki pengangkutan awam tersebut.

"Saya perhati rata-rata majoriti pemandu bas dan pekerja syarikat bas di stesen berumur 40 ke 60 tahun, mereka kerap meninggikan suara, memperlekeh penumpang. Walhal penumpang dengan nada sopan perlu bertanya soalan yang mereka tak tahu.

"Yang mengejutkan, soalan tu dijawab oleh pemandu bas dengan nada kasar. Kalau jawapan tu kurang jelas, yang bertanya minta ulang semula kerana bunyi enjin bas mengganggu, alamat bertambah-tambah ayat kasar dan sindiran.

bas baru 1

Sebahagian luahan individu berkenaan.

"Bukan saja penumpang Melayu. Auntie Cina, auntie India pun depan saya kena herdik," luahnya.

Dalam situasi yang lain pula, individu itu mendakwa, pernah berlaku kejadian di depan matanya apabila seorang pemandu bas dengan angkuh dan tanpa rasa bersalah membiarkan penumpang menunggu di bawah panas terik walaupun boleh membuka pintu lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak maki-maki terus ‘makan penumbuk’! Kecoh rider, isteri dibelasah ‘berjemaah’... siap makcik bawa mikrofon

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan tunjuk pandai, maki hamun barista dapat Americano panas cawan kecil... Mujur gadis ini ‘cool’ walau kena jerkah!

"Sepuluh minit sebelum bas bergerak, pemandu tak buka pintu. Duduk seorang diri dalam bas ada aircond di tempat pemandu, dibiarkan para penumpang tunggu di luar dengan suhu panas.

"Yang berlaku depan saya, pemandu tu bidas, 'awak panas, itu bukan masalah kita'. MasyaAllah. Saya tertanya-tanya, apa salahnya kalau nampak penumpang di luar, buka pintu jemput mereka masuk kemudian tutup semula pintu.

Tak semua, tapi mak saya pun pernah kena. Memang kurang ajar. Miskin adab sebab didikan dan kebiasaan komuniti kita.

NETIZEN

"Kali terakhir saya naik bas, saya duduk hampir dengan bas, pintu langsung tak dibuka. Saya tunggu bila pemandu ni nak buka pintu. Tiba-tiba pemandu gerakkan bas ke belakang, pantas saya bangun berjalan tahan bas tu.

"Dalam hati saya tertanya, 'kenapa memualkan betul perangai mereka ni'. Saya tak minta layanan istimewa. Cukuplah pekerja-pekerja syarikat bas ni bila ditanya dengan elok, jawab juga dengan elok dan reti minta maaf apabila buat salah.

"Ini sudahlah buat salah, pasang muka seolah kita yang salah," luahnya lagi dalam nada kesal.

Hantaran yang dikongsi di grup B40 Buat Perangai Apa Harini turut disokong rata-rata ahli kumpulan Facebook tersebut malah ada yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

komen bas

Antara komen netizen yang turut menyokong pandangan individu berkenaan.

"Setuju... ramai pemandu bas bersikap macam ni.

"Tak semua, tapi mak saya pun pernah kena. Memang kurang ajar. Miskin adab sebab didikan dan kebiasaan komuniti kita.

"Bas berhenti-berhenti ni memang kebanyakan driver tak ada adab. Dulu masa sekolah selalu tengok orang tua nak turun kaki sebelah belum jejak tanah lagi dah jalan... apabila ditegur mengamuk.

"Dekat luar negara, naik bas je dia bagi good morning, turun bas dia bagi ucapan have a nice day," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain