suria

“Orang susah banyak masalah!” - Pengurus F&B ‘reject’ calon pekerja daripada keluarga miskin, tak sanggup pikul beban

Setiap majikan mempunyai kaedah tersendiri dalam mencari pekerja. -Gambar hiasan

SETIAP majikan pasti mempunyai budaya dan amalan kerja yang tersendiri.

Perbezaan itu ada kalanya boleh memberikan kejutan kepada sesiapa sahaja yang baru menyertai mereka.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang terkedu dengan cara majikannya menyaring kemasukan pekerja baharu.

Setiap insan tidak akan terlepas dari diuji dalam kehidupan. -Gambar hiasan

Melalui satu ciapan tular di Twitter, wanita itu yang bekerja di sebuah rangkaian jenama piza terkenal menceritakan bagaimana penyelianya meneliti latar belakang calon pekerja baharu.

"Waktu aku kerja di situ dulu, manager aku selalu tanya extra soalan apabila nak ambil pekerja sambilan. Keluarga okay ke? Mak ayah bercerai? Tinggal dengan siapa?

"Aku macam triggered sikit dengar soalan macam tu. Apabila aku tanya, dia beritahu dia tak suka ambil orang susah. Dia cakap mereka ni banyak masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 naik lemak ‘bolot’ parkir atas alasan cari rezeki! Kalau tegur, silap hari bulan orang awam dimakinya

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

"Keluarga tak tentu hala, ibu bapa dah tak ada, jadi kena tinggal dengan nenek. Nenek pula selalu sakit, kena minta cuti. Atau duduk dengan keluarga makcik, pakcik pula pemabuk, selalu gaduh-gaduh.

"Pakcik ambil motosikal sampai tak balik, akhirnya tak boleh pergi kerja sebab tak ada transport. Tengah kerja, ahli keluarga datang minta duit, kalau tak layan, bising-bising sampai bergaduh dan bertekak," katanya.

Menurut wanita tersebut, kemiskinan adalah satu bebanan tambahan yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menggapai kejayaan.

Kemiskinan ni bukan satu dimensi sahaja, ada banyak lagi dimensi-dimensi lain yang akan datang sekali dengannya.

WARGA MAYA

"Memang nampak depan mata. Kemiskinan ni menjejaskan orang sekeliling. Mereka yang dah sedia susah, makin bertambah susah.

"Kalau orang miskin seperti ini nak berjaya, dia harus dikeluarkan dahulu daripada environment dia. Sebab tu budak pandai masuk asrama.

"Apabila aku dah sembang dengan manager tu baru aku faham dan sedar masalah ni. Kalau yang tengok dari luar akan judge manager tu macam-macam hal, tapi ia betul.

"Bukan senang nak keluar daripada kepompong kemiskinan ni, ia akan tarik kita ke bawah dan kita susah nak maju ke hadapan," ujarnya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsi perspektif mereka mengenai hal ini.

"Bukan kita tak nak tolong mereka keluar daripada circle kemiskinan, tapi banyak faktor yang menarik mereka dan orang lain turut sama ke bawah. Menjadikan orang lain susah juga.

"Kemiskinan ni bukan satu dimensi sahaja. Ada banyak lagi dimensi-dimensi lain yang akan datang sekali dengannya. Apabila tak ada duit, banyak masalah akan datang dan banyak masalah boleh diatasi hanya dengan adanya duit.

"Kalau pengalaman saya pula lain, manager saya nak cari orang susah sebab mereka ni kerja keras.

"Tiga hingga empat bulan pertama mungkin ada masalah, tapi apabila dah stabil, boleh keluar daripada environemnt tu, ada duit sendiri sewa rumah lain, mereka okay," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain