SATU dalam seribu. Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang peniaga ayam segar di Kedah, yang kisahnya tular selepas dikongsikan seorang individu di Facebook. Bukan untung yang dikejar, sebaliknya peniaga ayam tersebut lebih mengutamakan keberkatan dalam mencari rezeki. Menurut individu bernama Arwan Azis, pengalaman bertemu dengan peniaga sedemikian adalah pertama kali dialaminya seumur hidup dan benar-benar membuka mata. "Selama aku dok (duduk) Changlun, ini first time aku jumpa peniaga ayam yang potong dulu kemudian baru dia timbang. Harga murahlah sikit. "Bila aku tanya pakcik tu, jawapan dia memang padu. Dia ingin keberkatan dalam berniaga. Kebanyakan peniaga menimbang ayam segar terlebih dahulu sebelum memotong kepada bahagian yang lebih kecil mengikut permintaan pelanggan. Gambar hiasan. "Kepala ayam orang tak makan, isi dalam perut ayam, bahan-bahan yang belum dicerna orang tak ambil. Maka yang benar-benar terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan. "Semoga pakcik ni terus dimurahkan rezeki," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di grup Orang Changlun Baru. ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tumpang jual kuih, satu pun tak laku... Tauke nasi kukus kagum si gadis masih senyum-senyum - “Kalau tak habis, abang sedekah je” ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak bantu peniaga sebab gerai suram, balik rumah pelanggan pula termenung... akhirnya ‘rahsia’ lemang tak laku terbongkar Di dalam hantaran berkenaan, individu itu berkata gerai ayam segar peniaga tersebut terletak di Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam. Hantaran yang dikongsikan beberapa hari lalu itu sehingga kini meraih lebih 2,100 shares selain dibanjiri dengan komen warga maya yang memberikan reaksi pelbagai. Di sebalik ratusan komen positif, ada juga kurang bersetuju dan menyifatkan pendekatan tersebut 'salah' mengikut konsep berniaga dan hanya merugikan peniaga. Dalam satu hantaran berasingan, individu tersebut menjelaskan perkongsiannya langsung tidak berniat untuk mengguris hati peniaga lain sebaliknya dia sekadar meluahkan rasa kagum dengan peniaga ayam yang ditemuinya itu. Ini berniaga mengikut syariat Islam. Tidak ada niat penipuan dalam perniagaan. Ikhlas kerana Allah. NETIZEN "Saya mohon maaf. Ramai yang trigger dengan posting saya semalam. Dekat sini saya menyatakan, saya post sekadar menyatakan kekaguman saya pada pakcik yang jual ayam ni. "Pertama kali seumur hidup saya beli ayam dipotong dulu baru timbang. Dan apabila saya tanya dekat pakcik tu kenapa dia buat di luar daripada kebiasaan dan jawapan pakcik tu pun buat saya terharu. Itu saja. "Lain org lain cara. Ini siap buat kira-kira untung rugi bagai. Kata pulak cara pakcik tu tak betul, salah dari segi sistem. Adehhh... payah," luahnya. Bagaimanapun, majoriti warga maya meluahkan rasa kagum dengan prinsip dan cara yang digunakan oleh peniaga ayam tersebut malah mereka turut mendoakannya dikurniakan rezeki berlipat ganda kerana ikhlas dalam berniaga. "Ini berniaga mengikut syariat Islam. Tidak ada niat penipuan dalam perniagaan. Ikhlas kerana Allah. Timbangan sentiasa lebih kepada pembeli. "Terbaik... ini yang sepatutnya. Apabila peniaga fikir untung di akhirat. Sebahagian komen dan reaksi bercampur netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Ini baru betul berniaga ikhlas dan mencari keberkatan. Ini kedai makan pun goreng ikan bilis sekali dengan tahi," demikian komen yang dilontarkan netizen. Perkongsian individu berkenaan turut diakui kebenarannya oleh beberapa warga maya yang tampil mendedahkan identiti peniaga ayam yang dimaksudkan. "Pakcik ni orang (Felda) Bukit Tangga. Paknjang Ucop Ayam. Memang layanan tip top, tak sombong. Orang Bukit (Tangga) selalu beli ayam dekat dia. "Berkat dia buat macam ni... patutlah murah rezeki. Siap ada homestay, dobi dan kedai makan lagi," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube