suria

Sayur busuk, plastik terpakai penuh atas jalan! Peniaga pasar malam pengotor, ‘besar kepala’ gara-gara bayar yuran pembersihan

Tapak pasar malam sering dibiarkan kotor oleh para peniaga.

MESKIPUN sudah berada di era milenia, masalah pengurusan sampah dan sisa pepejal dalam masyarakat kita masih lagi ditakuk lama.

Bagi segelintir peniaga di tapak pasar malam, sampah sarap yang terhasil semasa operasi perniagaan seharusnya dibersihkan oleh pihak majlis perbandaran setempat.

Iyalah, mereka sudah membayar yuran kebersihan jadi tanggungjawab untuk membersihkannya diserahkan bulat-bulat kepada pihak yang mengutip bayaran.

Pun begitu tidak kurang juga yang merasakan sampah sarap berkenaan perlu dibungkuskan di dalam beg plastik berbanding dibiar bersepah di atas jalan sehingga menyebabkan kekotoran dan mencacatkan pemandangan kawasan sekitar.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Seperti yang dikongsikan pelayar Twitter, Marina Ibrahim, tapak pasar malam di Skudai, Johor dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa sayuran yang dibiarkan di atas jalan.

"Berniaga boleh berniaga, tapi kebersihan kena jaga.

"Jangan ada mentaliti 'aku sudah bayar yuran kebersihan', selepas itu sampah merata buang apabila habis berniaga," ciapnya.

Bagi Marina Ibrahim, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan hanya mencacatkan pemandangan tetapi boleh mengakibatkan longkang tersumbat.

ARTIKEL BERKAITAN: Periuk, belanga terabur atas tanah... Laman macam tempat pelupusan sampah! Paling geli jiran kata tuan rumah peniaga makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati... aneka air dah siap bancuh, meja tiba-tiba patah! Gerai banjir, balang masuk tong sampah - “Kali ni saya yang rasa sendiri”

"Hujan, sampah masuk longkang... tersumbat jadi masalah," tambahnya lagi.

Lebih memburukkan keadaan apabila tapak pasar malam itu adalah di hadapan lot kedai.

"Nanti anda tak terima kalau pekedai marah, bantah ada pasar malam depan kedai sebab kotor.

"Salahkan sana sini, mentaliti tolong ubah," kata Marina lagi.

Kena ada denda kebersihan... kalau tak cuci sampah sendiri, minggu depan tak boleh sambung berniaga.

WARGA MAYA

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya berkongsi pandangan dan cadangan bagi membolehkan sampah sarap diuruskan dengan baik oleh para peniaga.

"Tak rugi tenaga kalau buang sampah dalam plastik besar. Ikat elok-elok, kumpul dekat satu tempat. Tak faham sesetengah tu buang bersepah-sepah tepi jalan, sudah satu hal kena kutip sisa-sisa makanan besar kat jalan.

"Cadangan saya, letak deposit tinggi.... kalau ada sampah, deposit hangus dan terus senarai hitamkan.

Keadaan jalan di tapak pasar malam di Skudai, Johor.

Keadaan jalan di tapak pasar malam di Skudai, Johor.

"Yuran untuk upah pekerja angkat sampah, tapi buat syarat sampah kena bungkus teratur... kalau tak buat, kena kompaun.

"Kena ada denda kebersihan. Kalau tak cuci sampah sendiri, minggu depan tak boleh sambung berniaga," ujar warga maya.

Tidak kurang juga yang mendedahkan, situasi seumpama itu bukan sekadar di pasar malam sebaliknya turut berlaku di medan selera kerana dikatakan sudah mempunyai tukang cuci.

"Sama juga dengan yang berniaga di food court. Sebelum atau selepas berniaga sapu dan bersihkan. Tak kisah ada cleaner atau tak, apabila bersih, aura positif muncul... barulah berniaga seronok, jual beli dalam keadaan selesa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain