suria

Termakan cakap ejen, wanita beli rumah harga lebih RM200,000 tanpa modal... Bulan-bulan ‘sesak’ bayar komitmen, suami pula gaji kecil

Wanita berkenaan membuat luahan mengenai masalahnya yang terbeban dengan komitmen yang ditanggung. Gambar hiasan

GOLONGAN muda ketika ini berdepan dengan cabaran yang besar daripada sudut ekonomi lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Ini disebabkan oleh komitmen bulanan yang tinggi termasuk kos untuk membayar sewa atau pinjaman perumahan, kenderaan, bil utiliti, keperluan anak dan sebagainya.

Dek kerana bebanan komitmen yang tak tertanggung, tidak mustahil ada yang terpaksa mencatu makanan, membuat pinjaman wang haram atau silap hari bulan, diisytiharkan bankrap pada usia muda.

Justeru, amat penting untuk golongan ini mempunyai kesedaran mengenai cara menguruskan perbelanjaan dengan bijak supaya tidak dibelenggu masalah kewangan.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh seorang individu di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia baru-baru ini, dia berkongsi masalah yang dihadapinya gara-gara kesilapan menguruskan kewangan.

wanita 2

Wanita berkenaan menanggung komitmen hampir RM3,000 sebulan kerana gaji suaminya yang lebih kecil. Gambar hiasan.

"Saya berusia awal 20an dan bekerja swasta. Gaji bersih RM3,000 manakala suami gaji bersih RM1,300. Anak berusia empat bulan menyusu badan dan juga susu formula.

"Saya tidak mampu beli rumah tapi saya terpaksa kerana tidak tahan lagi duduk dengan mentua selama dua tahun. Saya tiada simpanan. Jika nak menyewa rumah sekarang kena ada deposit dua atau tiga bulan sebelum.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib dapat suami sekeluarga pemalas... ibu mentua suruh masak juadah, adik-beradik ipar perempuan selamba tidur pagi raya

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sayu suami bangun tidur lewat hanya tahu buka tudung saji sepanjang PKP, tak larat membebel... nak tuntut di akhirat - “Dengan geng game online boleh gelak-gelak”

"Jadi saya fikir kalau beli rumah, ia adalah pilihan terbaik untuk saya keluar dari rumah mentua segera. Di mana ejen ketika itu kata tiada fee.

"Sekarang saya rasa terbeban sangat dengan komitmen yang ada. Saya menyesal tapi ejen kata tak boleh batal sebab pinjaman bank dah approved. Saya sedar silap saya," luahnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, ketika ini komitmen bulanan yang perlu dilunaskan setiap bulan adalah sebanyak RM2,858.

Ia merangkumi komitmen untuk membayar rumah, kereta, bil telefon, internet dan lain-lain.

Lelaki kena upskill dan cari duit tambahan sepatutnya.

NETIZEN

"Untuk rumah (RM243,000) adalah sebanyak RM1,200 untuk sewa, RM250 untuk insurans dan maintenance RM200.

"Kereta (beli masa tiada anak) RM678 sebulan. Ia adalah pinjaman sembilan tahun... sekarang masuk tahun kedua. Silap saya beli kereta idaman sebab sangka suami akan provide rumah.

"Unifi (saya hybrid working) RM137, braces RM150 yang dipasang masa tiada anak lagi, bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM102, bil telefon RM41 dan hutang kawan RM100," hurainya.

Menurut wanita tersebut, buat masa ini, rancangan jangka pendeknya adalah untuk menukar kereta (downgrade) kepada yang lebih sesuai agar tidak terlalu terbeban dengan perbelanjaan.

"Saya merancang untuk downgrade kereta sekarang kepada Bezza atau Saga. Kereta sekarang loan dengan bank RM60,000. Saya jual dan mungkin ambil kereta lebih murah.

"Extra cash akan digunakan untuk langsai PTPTN dan buat yuran untuk Memorandum of Transfer (MOT) dan fee RM1,400 untuk rumah.

"Persoalan saya, adakah tindakan saya betul?" luahnya lagi sambil meminta nasihat daripada ahli grup Facebook tersebut.

komen isteri

Rata-rata netizen menyarankan agar suami wanita berkenaan membuat kerja sampingan bagi membantu menambahkan pendapatan isi rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan simpati kepada wanita berkenaan kerana dia menanggung perbelanjaan yang besar untuk keluarga hanya kerana berpendapatan tinggi daripada suami.

"Suami sepatutnya kena fikir untuk tambahkan pendapatan.

"Lelaki kena upskill dan cari duit tambahan sepatutnya. Ini ibarat puan yang jadi suami.

"Apa sumbangan suami daripada gaji dia dalam keluarga? Macam awak saja yang bayar semua," demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang turut memberi cadangan untuk wanita berkenaan mengurangkan bebanan komitmen yang ditanggungnya.

"Kereta boleh jual dekat Carsome atau Mytukar. Lagi senang sebab mereka uruskan semuanya.

"Tukarlah kereta mampu milik... Rumah bayar tong-tong (kongsi)," demikian antara cadangan yang diutarakan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain