MEDIA sosial sering dijadikan medan luahan perasaan terutama berkaitan isu keretakan rumah tangga sehingga berlaku penceraian. Kisah-kisah individu yang pernah dicurangi sering mendapat perhatian masyarakat yang bersimpati dengan nasib si pengadu seolah-olah turut merasai kesedihannya. Namun jarang sekali kita dengar kisah daripada sudut pihak yang melakukan perbuatan curang seperti yang dilakukan seorang suami ini. Ujarnya perbuatan main kayu tiga itu bermula bermula dengan perkenalan di aplikasi cari jodoh yang popular ketika ini. Tangkap layar perkongsian seorang suami yang curang disiarkan oleh pelayar Twitter. Tanpa diduga, hubungan yang baru dibina semakin erat sehingga membuahkan rasa gembira. Malah dia turut mengakui, sukar untuk meninggalkan 'keseronokan' yang dirasakan begitu indah meskipun sudah mempunyai pasangan. "Saya antara orangnya yang pernah curang dalam percintaan. Hasil perkenalan singkat di Litmatch. "Bukan senang untuk tinggalkan semua ni kalau tak kerana nilai air mata pasangan yang ikhlas, kecewa dengan tindakan kita," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pejabat ‘bertaruh’ pikat isteri orang, tak pandang anak dara... Akhirnya ‘kantoi’ ada video, borak mesra di WhatsApp Menurutnya, perubahan hanya berlaku selepas dia melihat sendiri air mata kekecewaan yang mengalir di samping persoalan 'kenapa' yang diajukan berulang kali oleh isteri. Baginya, penyesalan atas apa yang berlaku pasti tidak berguna sekiranya pasangan enggan kembali bersama. Disebabkan itu, dia menasihati para suami supaya meninggalkan sikap 'buaya' dan menghargai kebahagian yang ada. Malah katanya, penyesalan atas kesilapan yang dilakukan sudah tidak berguna jika pasangan memilih untuk 'pergi'. Kepercayaan dan keikhlasan adalah sesuatu paling berharga persis kaca bernilai emas. WARGA MAYA "Kalau diberi peluang kedua, tolonglah tinggalkan dan hargai semula kebahagian sedia ada. "Selalu pesan pada diri, syukurlah selalu dan hadirkan rasa cukup akan apa yang kita ada. "Kalaulah takdirnya kita tak akan dapat semula selepas kita tak hargai sebaiknya, menyesal macam mana pun tak ada gunanya," katanya. Percaya luahannya dapat membantu kaum adam untuk berubah, dia berkata, hubungan yang dirahsiakan itu akan berasa selamat sekiranya tidak dihidu oleh pasangan. Kecurangan sering berakhir dengan penceraian. - Gambar hiasan Namun jika masih berterusan, ia pasti memberi kesan mendalam. "Saya percaya lelaki yang baca ini boleh berubah, antara nak dengan tidak saja sebab perkara ni kalau tak kantoi memang selamat. "Tapi kalau dah sampai masa dan perangai tak buang-buang lagi.. tak kesian anak bini, mak ayah nak tanggung malu," tambahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan pelbagai reaksi selain meminta setiap pasangan untuk sentiasa memperbaiki hubungan yang keruh. Antara saluran yang digunakan untuk mencari kenalan baharu. "Kalau terpengaruh disebabkan relationship bosan atau komitmen, sepatutnya sama-sama cari jalan. Andai kata disebabkan perangai yang buat tawar hati, tak tahu nak cakap apa... tapi yang penting cuba untuk betulkan. "Kepercayaan dan keikhlasan adalah sesuatu paling berharga persis kaca bernilai emas. Retak sekali, mula bertebaran dan akhirnya pecah berderai. "Macam someone I know, suami dia curang dan dah ceraikan siap tinggalkan anak-anak for someone else. Kemudian dia nak balik pada isteri yang dah tawar hati... menyesal pun tak guna. "Lelaki tu tak ada apa-apa dah sekarang, isteri ada anak-anak, rumah dua buah, kereta Honda HRV sebab bekerjaya," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube