suria

Diminta gugur kandungan, ibu berkeras teruskan... selepas bayi lahir banyak keajaiban berlaku - “Sebelum ni apply loan tak pernah lulus”

Mylia pernah diminta untuk gugurkan kandungan yang berusia lima bulan.

HATI ibu mana yang tidak sedih apabila diminta untuk menggugurkan kandungan.

Tambahan pula, ketika itu usia kandungan sudah memasuki lima bulan.

Memilih untuk mengekalkan amanah yang diberikan itu, Nur Amylia Adam berkata, doktor yang merawatnya menyarankan pengguguran kerana anaknya disahkan menghidap hydrocephalus, satu keadaan di mana terdapat cairan lebih di dalam rongga otak selepas imbasan janin dilakukan.

"Ketika itu, saya tegaskan untuk meneruskan kandungan memandangkan sebelum ini pernah ada pengalaman anak meninggal. Anak kembar saya meninggal dunia selepas enam jam dilahirkan kerana pra-matang," ujarnya ketika dihubungi mStar

Qasyaf kini sudah berusia tiga tahun.

Qasyaf kini sudah berusia tiga tahun.

Meskipun yakin dengan kata hati dan keputusan yang diambil, wanita berusia 27 tahun ini tidak hanya menerima kenyataan pertama itu sebulat-bulatnya.

Dia bahkan melakukan pemeriksaan kedua di sebuah lagi hospital kerajaan bagi memastikan keputusan diagnosis anak dalam kandungannya itu adalah benar.

Pada masa sama, dia turut mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit puan.

"Saya bersyukur kerana pakar sakit puan yang ditemui turut memberi semangat dan menyarankan agar saya tidak menggugurkan kandungan.

"Lebih-lebih lagi mak saya, dialah yang banyak memberi semangat pada masa itu. Ayat yang paling saya ingat adalah 'tak apa adik, teruskan... mak doakan untuk adik, doa mak Allah angkat'.

"Disebabkan di kelilingi orang yang sentiasa memberi semangat, saya tetap berkeras untuk meneruskan kandungan," luahnya lagi.

Bersyukur dengan keputusan yang dibuatnya pada masa itu, dia yang mesra disapa Mylia lega anaknya itu tidak menghidap penyakit hydrocephalus seperti yang disahkan doktor sebelum ini.

Meskipun bersalin pra-matang, anaknya, Muhammad Qasyaf Arfan Muhammad Qadri Hafiz berada dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak, tak bersedia langsung” - Akibat rancang kehamilan sendiri, wanita gelabah tak sengaja hamil! Serabut fikir nak teruskan atau gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan bersalin, mengandung lagi! ‘Mental koyak’, wanita ini berkira-kira nak gugur tapi suami pula ugut talak

Namun di usia hampir memasuki empat bulan, doktor mengesahkan Qasyaf mengalami cleft uvula iaitu penyakit yang dikategorikan jarang berlaku dan satu dalam 1,000.

"Apabila usianya memasuki 3 tahun 6 bulan, saya ambil keputusan untuk berkongsi di media sosial bagi bertanyakan bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anak normal atau tidak... sebab perasaan saya merasakan dia tidak normal.

Sejak dia hadir dalam hidup kami, rezeki datang tanpa henti.

WARGA MAYA

"Warga maya yang meninggalkan komen menyarankan saya supaya membawa anak mendapatkan rawatan di hospital dan barulah saya tahu bahawa dia seorang autisme," jelasnya yang kini tidak berasa ragu untuk menjaga Qasyaf.

Bagi Mylia, kehadiran Qasyaf telah membuka pintu rezeki keluarganya walaupun dia pemegang kad OKU (orang kurang upaya).

Mylia bersama seluruh ahli keluarganya.

Mylia bersama seluruh ahli keluarganya.

Malah anak keempatnya itu menjadi cucu kesayangan berbanding 12 cucu yang lain.

Mendedahkan perubahan yang dialami itu, ibu kepada lima cahaya mata ini berkata, kehidupan dia sekeluarga semakin senang sejak Qasyaf dilahirkan.

"Sejak dia hadir dalam hidup kami, rezeki datang tanpa henti... barulah dapat beli kereta sedangkan sebelum ini, apply loan tak pernah lulus.

"Tiga tahun lalu bermula bisnes pitz stop kopi gantung yang naik selepas saya dibuang kerja kerana tak dapat beri komitmen sepenuhnya berikutan Qasyaf sering dimasukkan ke hospital.

"Apa sahaja yang mahu, dapat dibelikan terutama untuk keperluan dia," kongsi anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini lagi.

Bisnes kecil-kecilan yang diusahakannya mendapat sambutan.

Bisnes kecil-kecilan yang diusahakannya mendapat sambutan.

Berkongsi pengalaman dibuang kerja, dia yang bertugas sebagai QC (kawalan kualiti) berkata, kejadian berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya kerap ke hospital dan tak dapat buat sales macam mana bos minta. Disebabkan itu saya diberhentikan kerja, tapi sebelum itu saya dapat rasa yang bos nak buang kerana barang yang sebelum ni kena buat, dia bagi pada orang lain," imbasnya.

Terdahulu, video perkongsiannya tular di halaman TikTok sehingga ditonton lebih 461,000 pelayar.

Rata-rata warga maya mendedahkan pengalaman yang hampir sama dengan Mylia malah ada yang menyatakan dia juga hampir digugurkan oleh ibu kerana dikatakan cacat 80 peratus tetapi bernasib baik apabila ibunya tidak menurut saranan doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain