suria

Baik orangnya, sweet pula! Pemuda dedah ada rakan limited edition... sedia jadi ‘bank’ kawan-kawan, pinjamkan duit

Lelaki sanggup menabung untuk membantu rakan sesak hujung bulan.

KITA sering dihidangkan dengan kisah rakan yang enggan membayar hutang sehingga akhirnya bermusuhan.

Namun lain pula kisah dikongsikan pelayar Twitter @haziqmahmur9 apabila rakannya sanggup membuat simpanan wang untuk digunakan individu lain yang memerlukan atau terdesak.

"Belek-belek buku nota member... ada kolum simpanan.

"Kecemasan RM200, haji RM50, member RM100," ciapnya.

Ciapan asal yang dibuat Haziq tentang rakannya.

Ciapan asal yang dibuat Haziq tentang rakannya.

Mengakui berasa pelik dengan perkataan 'member' yang ditulis rakannya itu, dia kemudian bertanya maksud serta tujuan tabungan tersebut.

Jawapan yang diberikan ternyata mengejutkan apabila simpanan tersebut dibuat untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesempitan wang.

"Kadang-kadang ada member hujung bulan susah, aku simpan RM100. Kalau-kalau mereka perlukan, aku bagi pinjam," kongsinya yang tersentuh hati dengan kata-kata tersebut.

Bercerita lanjut, Haziq berkata, rakannya merupakan seorang yang 'berjiwa orang lama' meskipun umurnya baru memasuki penghujung 30-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat adik ni! Sanggup catu duit poket sendiri demi tolong kawan bayar yuran Kafa... Tak sanggup lihat sahabat berhenti sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar

Mana tidaknya, berbanding rakan lain satu zaman dengannya, kawannya itu memilih untuk menulis setiap nota di dalam buku, bukannya telefon pintar.

Malah rakannya disifatkan sebagai seorang insan yang terlampau baik dan lurus.

Arwah ayah saya lakukan perkara yang sama. Salah seorang rakannya maklumkan selepas mengetahui dia meninggal dunia.

WARGA MAYA

"Dia memang old school. Umur hujung 30-an, catatan apa semua dalam buku, jarang dalam telefon.

"Dia baik, aku suka kacau dia sebab dia lurus," tambahnya.

Perkongsiannya itu menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Semestinya ramai yang terharu dengan sikap baik hati yang ditonjolkan, selain mengakui sukar untuk berjumpa dengan individu sebaik itu pada masa ini.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Susah nak jumpa kawan macam ni zaman sekarang. Semoga Allah permudahkan segala urusan bro dan sahabat dunia akhirat, dalam reda Allah.

"Moga Allah lapangkan kawan yang macam ni.

"If this is true, such a sweet soul... dalam diam pula tu," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang mengakui telah melakukan perkara sama demi membantu rakan-rakan yang dalam kesempitan.

"Saya pernah buat macam ni. Simpan RM100 untuk kecemasan member. Nak dijadikan cerita, memang ada seorang ni dia minta tolong... sekali dua masih tolong, kemudian dia upgrade dua kali sebulan minta tolong. Bukan setakat RM100, dia up RM200... apabila tak dapat tolong, dia palau kita.

"Arwah ayah saya lakukan perkara yang sama. Salah seorang rakannya maklumkan selepas mengetahui dia meninggal dunia... seluruh keluarga termasuk mak hanya tahu ayah ada simpanan untuk rakan, selepas dia meninggal," luah sebilangan warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain