suria

“Dia baik sangat orangnya” - Teman wanita buka mulut, puji peribadi suspek kes bunuh skandal hamil luar nikah

Teman wanita bercerita tentang keperibadian suspek di TikTok.

TRAGEDI berdarah wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemukan terbakar dalam kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada Rabu mengejutkan ramai.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila suspek lelaki berusia 20 tahun, dipercayai teman lelaki mangsa mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit.

Susulan kejadian itu, muncul pula seorang lagi gadis mendakwa dia merupakan teman wanita sebenar kepada suspek.

2090931_1

Agus Salim Mohd Alias menunjukkan barang bukti berhubung kes pembunuhan seorang wanita.

Menerusi perkongsian di TikTok, gadis itu bagaimanapun menjelaskan dia bukanlah tunang kepada suspek seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Salam semua, saya bukan tunang dia, saya hanya teman wanita dia. Walaupun betul sekalipun dia bersalah, nak tak nak kita kena telan juga.

"Biarkanlah apa yang terjadi ni dijadikan pengajaran dan iktibar untuk semua perempuan dekat luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Perut wanita hamil luar nikah ditoreh, ditikam teman lelaki... Dua kali dibakar, elak kehamilan diketahui umum

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki 3 tahun dibunuh kejam, mayat dijumpai dalam semak... Kepala tersepit pada pokok, tangan dan kaki diikat

"Untuk Aiman (suspek), terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya," tulis gadis itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ingin mengetahui tentang keperibadian suspek.

"Dia baik, baik sangat orangnya... tapi mungkin sebab keadaan yang memaksa jadi macam tu," kata gadis itu sambil memaklumkan suspek juga tidak pernah berkelakuan kasar atau memukulnya.

Dia ingat teman lelaki dia bunuh semut ke apa? Teman lelaki hang (kau) tu bunuh orang tau.

NETIZEN

Bagaimanapun penjelasan gadis itu tidak disenangi ramai.

"Dia ingat teman lelaki dia bunuh semut ke apa? Teman lelaki hang (kau) tu bunuh orang tau.

"Siap korek perut, bakar dua kali lagi. Lelaki psiko, awek pula kurang bijak.

Antara komen netizen.

"Sesiapa yang bersetuju dengan apa dia cakap tu memang otak hilang, korang tak sedar ke dia baru bakar orang macam bakar sampah je. Kenapa nak backup lagi?

"Bangga rupanya dapat boyfriend pembunuh, tiada apa lagi yang boleh diperkatakan," kata sebahagian warga maya.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata pihaknya menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan