MOMEN cincin disarung di jari pada majlis merisik atau bertunang memang mendebarkan para gadis atau wanita. Selain memikirkan tanggapan ibu mentua, keadaan atau saiz cincin yang bakal disarung turut menjadi kebimbangan. Begitulah yang dirasai Nurfarhana, 24, yang sangat gugup ketika hari pertunangannya 24 April lalu, atau lebih tepat lagi ketika berdepan bakal ibu mentuanya buat kali pertama ketika acara kemuncak iaitu menyarung cincin. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Saya dan tunang PJJ (percintaan jarak jauh) sebelum ni jadi kami tak ada cari cincin sama-sama. Tunang saya pergi beli dengan mama dia. Cincin tu pun dia buat custom made ikut corak cincin mama dia dulu. “Cincin tu sebenarnya tak ketat pun. Sesi nak sarung cincin tu tak lama cuma lambat sikit sebab ada jurugambar nak ambil gambar momen tu. “Cuma ni pertama kali jumpa mak mentua secara depan-depan jadi mungkin dua-dua gugup sebab tu agak janggal sikit rasa,” ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baik dengan ex-mentua, sebulan sekali mesti outing bersama! Panggil ‘ex’ sebab tak mahu dikata belum ‘move on’! ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘mesra warga tua’, jaga mentua strok macam ibu sendiri... sikit pun tak merungut - “Kadang-kadang kesian tengok dia” Namun Nurfarhana berkata momen manis dan ditunggu-tunggu tetamu ini seolah-olah terbantut apabila seseorang yang tidak dikenalinya secara rapat berkata sesuatu. Mujurlah keadaan itu pantas 'diselamatkan' oleh ibu tunangnya, Danial. Terharu melihat respons tenang dan bersahaja wanita itu membuatkan Nurfarhana berasa lega memikirkan masa depannya kelak dan percaya dia dikurniakan rezeki mendapat ibu mentua yang baik. Farhana melangsungkan pertunangan pada 24 April lalu. “Saya tak fokus sangat apa orang sekeliling cakap sebab tengah gugup nak sarung cincin. Kebetulan masa sarung cincin tu suasana senyap sebab semua beri perhatian dekat saya. “Tiba-tiba terkeluar suara seorang makcik cakap 'nak masuk pun tak boleh'. Itu yang terus terkeluar perkataan 'boleh' daripada bakal mak mentua saya. Dia beritahu tetamu cincin tu boleh disarung. “Nada makcik tu kalau dengar memang tak bestlah. Ada ketawa kecil di hujung ayat. Tapi tak boleh nak terjemahkan sama ada dia cakap macam tu sebagai gurauan atau sengaja nak memeriahkan suasana,” katanya lagi. Jujurnya saya tergamam kena macam tu. Sepatutnya tak perlu pun dia keluarkan ayat tersebut. NURFARHANA Menurut Farhana yang mengadakan majlis di rumahnya di Johor Bahru, Johor, dia sejujurnya tidak mengambil hati dengan kata-kata individu tersebut. Sebaliknya dia lebih memikirkan tentang ibu mentuanya yang datang jauh dari Temerloh, Pahang yang dilihat begitu baik. Farhana bersyukur mendapat bakal mentua yang baik. “Saya pun tak sedih masa tu. Rasa gugup mengatasi segalanya. Cuma agak peliklah kenapa pula makcik ni nak cakap macam tu tiba-tiba. Mungkin tak sengaja terkeluar perkataan tu, dia pun tak fikir dulu sampai terlepas cakap. “Apa-apa pun saya lega bakal mentua ibarat ‘back-up’ saya sebab cincin tu memang muat masa sarung,” ujarnya lagi. Setakat ini hantaran tersebut meraih lebih 560,000 tontonan setelah dikongsi oleh Farhana. Rata-rata turut bersimpati dan meluahkan rasa kasihan terhadap dirinya malah ada yang pernah melalui situasi sama sebelum ini. Farhana dan ibu kandungnya. “Walaupun pertama kali jumpa keluarga tunang tapi saya agak lega sebab mesra macam dah banyak kali jumpa. “Lepas video saya viral kat TikTok, ramai boleh kaitkan dengan situasi saya. Rupanya ramai je yang kena. Jadi tak kiralah siapa pun tua ke muda, berstatus makcik, kakak atau adik apa yang kita lontarkan tu tak boleh diundur. “ Tak kiralah dalam apa situasi pun, hati-hati bila berkata-kata,” kata Farhana lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube