suria

Kecil bukan ‘lesen’ jadi biadab! Ibu mengamuk muka anak dipijak dalam kolam renang, bapanya seronok main phone

Wanita ini kecewa anaknya dibuli oleh seorang kanak-kanak.

KANAK-kanak yang sifatnya naif adakalanya bertindak tanpa pertimbangan akal.

Sebab itulah pemantauan ibu bapa atau penjaga penting untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Melalui satu perkongsian seorang wanita di Facebook, dia menceritakan bagaimana kanak-kanak tidak dikenali boleh menjadi agresif sehingga hampir mencederakan anaknya atau mungkin juga berdepan risiko lebih buruk lagi.

Aktiviti kanak-kanak di kolam renang harus diperhatikan ibu bapa sepanjang masa demi keselamatan semua. -Gambar hiasan

Kejadian itu menyaksikan muka anak wanita tersebut dipijak ketika dia berada dalam keadaan terlentang di kolam renang sehingga menyebabkan dia hampir lemas.

"Aku cuba bersabar, tapi aku rasa penting untuk peringatan kepada semua ibu bapa, kalau nak bawa anak keluar jalan-jalan, jangan jadikan anak orang lain sebagai mangsa.

"Kau boleh eh lepaskan macam tu je anak kau bersuka ria di tempat awam, sambil kau layan telefon pintar dan tak peduli apa anak kau buat," kata wanita itu kesal.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani label budak kampung lepas SPM ‘zero manners’, gadis Twitter teruk kena ‘basuh’ dengan netizen... “Ubah mindset awak yang kolot”

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok budak 5 tahun tunjuk samseng, aksi pijak kamera paling melampau! Netizen herdik ibu bapa tak reti jaga anak

Menurut wanita yang merupakan pengamal media itu, pada hari tersebut dia bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), justeru anak-anak ditinggalkan bersama suaminya.

"Kejadian berlaku pada sebelah petang di Taman Tasik Titiwangsa. Suami yang menjaga ketiga-tiga anak aku bawa mereka pergi main air dekat sana.

"Tanpa sengaja, waktu suami tengah rakam video dan ambil gambar untuk kenangan, ada seorang budak perempuan yang lebih kecil daripada anak aku sengaja pijak muka anak aku dalam air.

Mendidih darah tengok. Tiada istilah mereka masih budak-budak lagi.

WARGA MAYA

"Suami aku terus tarik tangan budak tu dan marah sebab buat macam tu. Bila cari ibu bapa dia, suami aku kata hanya nampak bapa dia tengah leka main telefon pintar, mak budak tu tak ada.

"Si bapa budak tu biarkan anak dia main air dekat kawasan yang sama dengan anak aku main juga," cerita wanita itu mengenai kronologi kejadian.

Lebih menyakitkan hati wanita itu apabila anaknya sendiri mengadu tentang kejadian terbabit kepadanya sehingga menyebabkan naluri keibuannya tercabar.

"Bila aku balik kerja, anak aku pun mengadu, ada orang pijak dia sampai dia tak boleh bernafas.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak harus dididik sejak usia kecil. (Gambar hiasan, Freepik)

"Aku bila dengar mula angin satu badan, aku terus tanya suami bertalu-talu dengan soalan itu ini. Suami aku cuba tenangkan keadaan.

"Dia kata budak tu masih kecil dan jangan besarkan isu. Ya, of course aku tak akan besarkan isu. Tapi tolonglah, kecil tak bermakna kau boleh buat apa yang kau suka dekat budak lain.

"Sebab itu melibatkan adab dan sikap. Dan adab ni perlu diajar daripada ibu bapa yang seharusnya memantau setiap pergerakan anak apabila di tempat awam. Bukannya pergi main telefon pintar," katanya.

Wanita itu bagaimanapun bersyukur tidak ada apa yang buruk berlaku namun tetap mempersoalkan jika terjadi situasi sebaliknya.

"Entahlah, bila tengok gambar anak aku kena pijak, aku akan terus sakit hati dengan apa yang budak tu buat dekat anak aku.

"Kalau anak aku mati sebab anak kau pijak muka anak aku dalam air, kau nak jawab apa?

Sebahagian komen warga maya.

"Jadi, tolonglah ibu bapa. Peka dengan setiap tingkah laku anak-anak kita. Kesiannya la dekat anak aku seorang ni," ujar wanita itu mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa berang dengan apa yang dilihat dan mengharapkan kejadian serupa tidak menimpa anak-anak mereka.

"Ni kalau kena dekat anak atau cucu aku, aku lempang terus. Kalau dekat tempat awam, wajib pantau anak-anak sendiri, jangan sampai jadi pembuli. Mendidih darah tengok.

"Tiada istilah mereka masih budak-budak lagi. Kalau kau cakap macam tu dekat aku, aku akan tumbuk terus muka kau. Ke penjara pun aku sanggup.

"Ibu bapa tolong ajar adab dari kecil, jangan biar anak naik lemak. Jangan sampai aku yang masuk ajarkan.

"Anak ganas macam ni maksudnya dia biasa buat, mak ayah tak halang pun. Memang patut bagi terus kalau budak-budak macam ni," demikian komen sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain