suria

Malu dalam pesawat! Anak meronta di kerusi, ketua kabin enggan beri infant belt... kapten buat pengumuman halau keluar

Kanak-kanak berusia 2 tahun tidak dibenarkan duduk di pangkuan ibunya

SEBAGAI penumpang, kita pasti diselubungi rasa malu dan segan yang membuak-buak apabila mendengar nombor kerusi disebut dengan kuat di dalam kapal terbang, memberi amaran untuk tidak dihalau keluar.

Begitulah yang dialami salah seorang penumpang syarikat penerbangan tambang murah yang baru diperkenalkan baru-baru ini.

Menceritakan situasi yang berlaku, lelaki yang dikenali sebagai Fear Dawooz berkata, insiden memalukan itu bermula semasa dia bersama isteri dan anak-anak berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Staf mereka bagi instruction lain sikit, dia cakap 'abang nak cetak boarding pass, kena bawa semua luggage dan owner boarding pass sekali'.

Perkongsian pengalamannya menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan baharu

Perkongsian pengalamannya menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan baharu.

"Sampai di kaunter, staf cakap, 'kapal kita full encik, untuk elakkan overload... encik kena check in semua luggage. Minimum kita ada 15kg for RM90'.

"Aku tak mahu check in, just print boarding pass tapi dia teruskan memaksa," luahnya dalam satu hantaran Facebook.

Menjangkakan situasi janggal seperti itu berakhir, dia terkejut apabila tiba-tiba didatangi seorang lagi kru kabin semasa menanti waktu penerbangan dan sekali lagi diminta untuk mendaftar masuk kesemua bagasi yang dibawa.

Kali ini, dia menurut sahaja kerana mahu bertolak ansur meskipun bimbang keadaan beg yang berkemungkinan calar mahupun kemek.

Kesemua bagasi bersaiz kabinnya diminta untuk diletakkan di ruangan kargo.

Kesemua bagasi bersaiz kabinnya diminta untuk diletakkan di ruangan kargo.

Kejadian tidak wajar sekali lagi berlaku semasa isterinya meminta tali pinggang keselamatan untuk meriba bayi ketika berada di dalam pesawat.

Namun malangnya tidak dibenarkan kerana anaknya berusia 2 tahun 5 hari dan prosedur operasi standard (SOP) menetapkan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas perlu duduk di kerusi.

"Apabila pesawat mula bergerak, isteri pasangkan seatbelt... anak aku mula menangis dan meronta-ronta bangun duduk dekat isteri.

"Kru kabin datang semula dan ingatkan supaya suruh anak aku duduk. Hanya beri peringatan sahaja tanpa bertanya anak aku okay atau tak sebab masa tu menangis teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘cedera’, penumpang risau tengok pesawat bertampal! Rupanya memang pita pelekat ‘level kayangan’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi detik cemas pesawat dari Langkawi dilanda turbulence dahsyat, auto ingat mati selepas 40 minit ‘kaku’ di udara

"Jadi, sekali lagi aku minta infant belt seperti yang mereka iklankan baru-baru ini, tapi menyedihkan... mereka tetap tak bagi," katanya.

Situasi menjadi semakin kecoh semasa kapal ingin berlepas sehingga mendorong ketua kru kabin datang.

"Dia cakap 'encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off' dengan nada yang agak keras macam tak ada apa-apa yang berlaku.

We all want that staff to make a public apology to the parents.

WARGA MAYA

"Aku tanya dia 'sekarang nak buat macam mana, anak I tak mahu duduk diam dekat seat dia'... Guess what, dengan sombong dan angkuhnya dia balas 'you have to! What ever it takes'.

"Dengan tak mempedulikan situasi yang sedang berlaku, ketua kabin tadi terus angkat phone dan maklumkan sesuatu pada kapten kapal yang bertugas masa tu. Aku rasa dia tak cerita situasi sebenar tapi just maklumkan ada passenger tak duduk dekat seat," ceritanya lagi.

Sejurus telefon diletakkan, kapten kapal membuat pengumuman 'to passenger seating on row **, please give your cooperation to remain seated or else, we will call our ground security to dissembark you from the plane'.

Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan dia sekeluarga.

Keadaan anaknya semasa pesawat diterbangkan.

Keadaan anaknya semasa pesawat diterbangkan.

Bagaimanapun, dia menguncapkan terima kasih kepada salah seorang kru bertugas yang dikenali sebagai Sharma kerana bercakap dengan baik dan memahami situasi anaknya.

"Aku sangat berterima kasih pada salah sorang kru dalam tu yang datang bercakap sangat sopan dan faham situasi... dengan minta maaf sebab pihak dia tak boleh provide (tali pinggang keselamatan) dan aku terpaksa ikut polisi.

"Dia ada cuba cakap dan pujuk ketua yang sombong tu untuk bagi infant seat belt bagi memudahkan urusan take off tapi malangnya tetap tak benarkan dan dia tak boleh buat apa-apa sebab orang bawahan," ujarnya yang merakam setiap kejadian sebagai bukti.

Namun tidak disangka, setibanya dia dan keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pengawal lapangan sudah menanti.

"Rupanya, ketua kabin dah arahkan untuk tahan dan padam video yang staf dia nampak aku rekod masa insiden dalam pesawat.

Warga maya yang mengetahui insiden keluarga Fear Dawooz tampil meninggalkan komentar di Facebook syarikat penerbangan terbabit.

Warga maya yang mengetahui insiden keluarga Fear Dawooz tampil meninggalkan komentar di Facebook syarikat penerbangan terbabit.

"Aku pun cerita satu persatu pada pengawal tu, dia terdiam dan sangat faham situasi aku. Masa tu ketua kabin mencelah, buat-buat cerita macam dia yang mangsa dan aku sekeluarga buat salah sebab menyukarkan penerbangan serta rekod video tanpa kebenaran.

"Dengan serba salah dan takutnya, pengawal minta maaf dan belas ehsan untuk aku padam video. Aku pun minta maaf semula dekat dia, aku tak boleh padam sebab ni evidence aku kalau apa-apa jadi kalau aku kongsi pengalaman tanpa bukti, aku cuma fitnah syarikat mereka dan boleh kena saman," tegasnya.

Bercerita lanjut, ujarnya, sejak kejadian tersebut berlaku sehingga kini, dia masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada syarikat penerbangan itu.

Menjengah ke halaman Facebook syarikat penerbangan terbabit, warga maya yang mengetahui insiden menimpa keluarga Fear Dawooz mula menghentam ketua kru kabin di ruangan komen salah satu posting yang dibuatnya.

"No atitude, from your ground crew to your pilot! Was the announcement from the pilot really needed? You guys live to humiliate people in public is it?.

"Not child friendly. Say No.

"We all want that staff to make a public apology to the parents.

"Boikot," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain