SESIAPA sahaja pasti berang apabila melihat tayar kereta yang dipakir di kawasan terbuka pancit dipercayai akibat perbuatan khianat. Selain mengganggu urusan ia juga bakal menelan kos yang tinggi walaupun menggunakan tayar terpakai. Begitulah nasib yang dialami beberapa pemilik kenderaan di Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kereta yang dipakir di dalam petak turut menjadi mangsa. Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Facebook yang turut menjadi mangsa khianat individu tidak bertanggungjawab. Meluahkan situasi yang dilalui, individu yang tidak ketahui identitinya itu berkata dia pada awalnya enggan mengambil pusing apabila melihat sebuah kereta yang pancit kedua-dua tayar ketika berjalan menuju ke arah kenderaannya. Baginya, kereta tersebut berkemungkinan mempunyai masalah pada tayar. "Pagi-pagi nak pergi kerja... tengah jalan ke kereta, saya ternampak sebuah Honda City ni tayarnya dua-dua flat. "Saya dah pelik tapi tak ambil pusing sangat sebab fikir mungkin memang tayar dia ada masalah, kemudian pemilik parkir dahulu," tulisnya yang kemudian dikongsikan di Facebook Orang Wangsa Maju. ARTIKEL BERKAITAN: Akak berpurdah selamba cop parking, ditegur terus telefon ‘tuan’ acah ada geng polis... tapi nampak macam ‘propa’ - “Akal dan perangai tak selari pakaian” ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40 Selepas memasuki kereta dan memanaskan enjin, dia mengundurkan kereta. Namun tanpa diduga, pemanduan tidak diteruskan kerana merasakan seperti melanggar sesuatu yang berbonggol. Tanpa berlengah, dia melihat keadaan kereta untuk mengetahui apa yang terjadi. Kena buat report polis... hari ini tayar pancit, takut nanti manusia pula dia rasa nak calarkan. WARGA MAYA "Selepas panaskan enjin sekejap, semasa mengundur keluar dari parkir... terasa macam kereta bumpy sikit. "Terus rasa gemuruh hati dan terfikir tayar kereta. Saya keluar memeriksa tayar di sebelah sisi pemandu tapi tiada apa yang berlaku. "Apabila pusing ke kiri, masya-Allah, luruh jantung tengok dua-dua tayar flat," ujarnya. Lebih mengejutkan apabila sebuah lagi kereta yang diparkir bersebelahan keretanya turut mengalami situasi sama. Salah sebuah kereta yang menerima nasib sama. Dia yang berasa tidak selesa dengan kejadian tersebut, berlegar di kawasan sekitar parkir bagi mendapatkan kepastian. Pun begitu, selepas meninjau keadaan kereta di kawasan berkenaan, hanya tiga buah kereta sahaja yang dipancitkan tayar termasuklah keretanya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya berikutan ramai yang pernah mengalami situasi sama. Menjengah ke ruangan komen, pengendali akaun Facebook Orang Wangsa Maju mendakwa ia tiada kaitan dengan isu cop parkir. Malah dakwanya, perbuatan khianat seperti itu dilakukan oleh seorang individu yang mengalami masalah mental di kawasan terbabit. "Ini bukan kes cop parkir. Memang ada orang psiko sikit kat situ... tak percaya tanya aunty laundry situ. Kalau tak pancit, kena calar," ujarnya menjelaskan situasi. Apa yang berlaku menyebabkan warga maya dan penduduk setempat berasa bimbang sehingga ada yang meminta kejadian terbabit dilaporkan kepada polis supaya tindakan tegas dapat diambil. Reaksi warga maya tentang kejadian yang berlaku di Seksyen 1. "Ni selalunya perbuatan orang situ juga, mungkin dia ingat orang tu parkir sebab nak naik LRT. Saya pun pernah kena, menitik air mata... busuk sangat perangai, tak fikir orang ada emergency atau apa. Perangai betul-betul low class. "Kena buat report polis. Hari ini tayar pancit, takut nanti manusia pula dia rasa nak calarkan. "Kereta pernah kena calar, bukan main dia tarik dari depan sampai belakang... Tahu calarkan kereta orang, pancitkan tayar tapi apabila kantoi tak nak mengaku. "Kalau ada duit lebih, menyewa tempat lagi baik... toksik sangat sesetengah pemikiran orang lama di sana," ujar beberapa warga maya. Dalam pada itu, salah seorang pelayar mendakwa ia adalah taktik penjaga parkir haram yang marah kerana pemilik kenderaan enggan membayar duit parkir. "Pernah kena macam ni... teknik mereka untuk pancitkan tayar mudah je, tak perlu lama sampai tayar pancit. "Cukup dengan meletakkan batu kecil pada penutup valve dan pergi," kongsinya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube