RINDU yang tiada penghujung. Kehilangan insan tersayang dalam hidup bukanlah satu situasi yang mudah untuk diterima. Begitulah yang dialami Tiana Cataleya, enam tahun selepas abangnya, Luth Rafael meninggal dunia pada 11 Januari 2021 akibat penyakit leukemia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, ibunya, Tasnim Amin, 35, menceritakan semula kisah di sebalik video meruntun emosi, menunjukkan Tiana seolah-olah mengharapkan kehadiran abangnya di sisi ketika sambutan ulang tahun kelahirannya pada tanggal 23 Mei. “Kami dah sambut hari jadi Tiana dengan keluarga hujung minggu baru ni. Kemudian sambut dekat sekolah dia pula. Lepas tu dia ajak pergi kubur nak raikan dengan abang. Balik dari kubur dia nampak sedih. Ni pun tengah demam. Mungkin rindu sangat. “Dia teruja sebab tahun ni sama umur dengan abangnya masa meninggal. Saya pula memang suka rakam video anak-anak. Kebetulan masa tu tengah cabut rumput, Tania cakap dia nak abang wish birthday dia. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok sosok lelaki ‘sebiji’ arwah suami, ‘tak kuat’ nak dekat sebab rindu takut terpeluk - “PJJ yang entah bila akan bertemu” ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun tanggung rindu, siap tukar gambar profil FB... Prebet Iman akhirnya bersemadi sebelah kubur ibu “Saya pun beritahu abang tak boleh wish birthday macam perbualan dalam video tu. Masa sambut dengan keluarga dan sekolah, dia okay je. Cuma biasalah ayat kalau abang ada... lagipun Rafael seorang je anak lelaki dalam keluarga kami,” jelas Tasnim. Imbas ibu kepada empat cahaya mata itu, Tiana merupakan insan paling setia menunggu di tepi katil abangnya sewaktu dia terlantar di hospital. Malah, hubungan Tiana yang merupakan anak ketiga dengan abangnya cukup rapat sehingga terpaksa mengambil masa yang lama untuk terima kenyataan. Tiana merindui abangnya yang sudah meninggal dua tahun lalu. Lebih memilukan hati Tasnim apabila Tiana sering menceritakan kisah di sebalik setiap permainan (toys) yang pernah digunakan atau dimain oleh arwah sebelum meninggal dunia. “Rafael memang rapat dengan dia sampaikan dilayan macam princess. Masa tengah tunggu van sampai untuk kebumikan abang, Tania tunggu saja di tepi katil. “Ambil masa juga untuk dia pulih. Kadang-kadang dia peluk baju atau gambar Rafael sebab rindu. Pernah juga dia tanya abang mana? Saya cakap Allah dah ambil. Abang duduk dengan Allah tak sakit dah. Kalau duduk dengan kita, abang sakit. Dulu kalau pergi kubur pun dia akan cakap nak pergi rumah baharu abang. TASNIM IBU “Lepas tu Tiana tanya lagi kalau abang dah sihat, kita minta dekat Allah bagi abang balik rumah balik boleh tak mama? Masa tu umur baru empat tahun. Mungkin dia tak faham lagi. Dulu kalau pergi kubur pun dia akan cakap nak pergi rumah baharu abang,” ujarnya lagi. Video yang dimuat naik Tasnim meraih perhatian ramai apabila rata-rata turut dapat merasakan kerinduan seorang adik terhadap abangnya. Kenangan Aidilfitri 2021 yang merupakan raya terakhir bersama Rafael (kiri, depan). Bagaimanapun, menurut si ibu, dia cuba memujuk Tiana semula seperti kebiasaanya dilakukan sebelum ini selepas melawat kubur Rafael yang merupakan anak kedua dalam keluarga. “Semalam ada juga saya pujuk Tiana. Saya cakap doa banyak-banyak dekat Allah supaya kita semua masuk syurga sebab abang dah tunggu dekat ‘sana’. Kita kena jadi baik dan jaga solat. Sambutan Hari Jadi Tiana tanpa Rafael. “Tapi sampai sekarang setiap kali nak tidur waktu malam, anak-anak perempuan saya ni akan ucapkan selamat malam dekat arwah sekali. “Arwah ni memang sangat baik semasa dia hidup. Selalu mengalah dengan adik-adik. Rajin tolong menolong dan manja. Dia layan semua adik beradik macam tuan puteri,” imbas Tasnim lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube