suria

Berlumba-lumba buat akaun ‘dark side’, melacur di media sosial... Rupanya terdesak cari duit sebab kawan pakai iPhone

Dalam berlumba-lumba mencari rezeki, batas dan sempadan harus ditetapkan. -Gambar hiasan

PEPATAH pernah mengatakan wang bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang.

Dalam dunia hari ini yang serba mendesak, wang dilihat sebagai saluran utama untuk mengecapi kebahagiaan.

Begitulah luahan seorang lelaki di Twitter mengenai keadaan generasi hari ini yang seolah-olah menjadi 'hamba wang'.

Media sosial kini semakin terkenal sebagai lubuk aktiviti pelacuran. -Gambar hiasan

Lelaki itu menekankan kekecewaannya kerana ada yang sanggup menggadai harga diri semata-mata demi kehidupan mewah.

"Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana itu cara cepat untuk menjadi kaya. Contohnya OnlyFans.

"Tengok dekat Twitter pun cukup. Sebab gesaan rakan sebaya untuk capai standard kehidupan yang tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siang malam cari duit, sibuk kejar harta dunia... Wanita menyesal 35 tahun jadi ‘hamba kerja’, tak sempat tengok anak membesar

ARTIKEL BERKAITAN: Baik orangnya, sweet pula! Pemuda dedah ada rakan limited edition... sedia jadi ‘bank’ kawan-kawan, pinjamkan duit

"Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang yang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat estetik yang mahal.

"Ia satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat," ujarnya meluahkan rasa bimbang.

Menurut lelaki itu lagi, meskipun ada yang mengejar duit untuk bersenang-senang, ada juga yang mahukan duit untuk mengisi perut yang kosong.

Duit mungkin berjaya diraih, tapi maruah diri jadi murah.

WARGA MAYA

"Siapa tak nak duit yang mudah kan. Segala-galanya untuk duit. Tapi kita tak boleh juga nak cepat menghakimi mereka.

"Ada yang buat ini demi kelangsungan hidup. Cuma untuk pergi ke serendah itu, ia sangat merisaukan.

"Anak muda terus menjunam ke bawah. Jauh di sudut hati ni rasa kesian sebab kita pun tak ada di tempat mereka," kata lelaki itu gusar.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menceritakan pengalaman mereka melihat orang di sekeliling rebah dihempap bebanan kewangan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Ini adalah realiti hari ni. Kita dapat tengok banyak aktiviti pelacuran di platform Twitter. Duit mungkin berjaya diraih, tapi maruah diri jadi murah.

"Wanita baik untuk lelaki baik. Apabila tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, adakah semudah itu untuk mereka ni 'cuci tangan'?

"Saya pernah hampir berada dalam situasi yang sama. Nak apa yang orang ada. Apa yang saya buat? Saya terus keluarkan diri saya daripada media sosial. Media sosial adalah punca segala penyakit.

"Ramai kawan saya yang muka ayu seperti wanita Melayu terakhir di depan-depan, tetapi apabila di belakang rupanya ada akaun dark side. Sedih rasa," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain