suria

Jumpa kondom basah dalam bilik anak buah, ‘sex toys’ pun ada! Abang ipar mengaku dia punya, habuan lampias nafsu sendiri

Penggunaan kondom bertujuan untuk mencegah kehamilan serta penyakit berjangkit. -Gambar hiasan

KISAH haruan makan anak bukan perkara baharu dan ia terus menjadi kerisauan kerana masih kerap dilaporkan berlaku di Malaysia.

Ketika penangan nafsu serakah tidak dapat dikawal, perilaku yang memesong batasan keimanan akan menjadi kebiasaan.

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita ini apabila dia menemukan sesuatu yang mencurigakan di dalam bilik tidur anak buahnya.

Hawa nafsu jika tidak berjaya dibendung akan membawa padah. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian tanpa nama di Twitter, wanita tersebut mendedahkan dia menjumpai satu paket kondom yang sudah digunakan selain alat mainan seks yang tidak diketahui pemiliknya.

"Saya perlukan penjelasan. Saya jumpa plastik kondom yang dah terkoyak dan masih basah di dalam bilik anak buah saya sedangkan semua keluarga kakak saya balik ke kampung.

"Saya pun ada terjumpa adult toys. Dalam masa kakak saya di kampung, suami dia ada balik ke rumah berseorangan dalam tiga hingga empat hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai berjimak, lempar kondom luar tingkap! Penghuni rumah bawah geram kena kutip, jijik nampak kesan warna coklat siap berbau

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari outstation, suami bawa balik kondom terpakai... isteri jumpa dalam poket seluar! Cuma beri nafkah RM60 sebulan

"Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan isu ni. Saya ada cuba pergi berterus terang dengan kakak supaya berhati-hati atau tanya suami dia," cerita wanita itu.

Walaupun begitu, si suami ternyata mengemukakan alasan yang tersendiri mengenai penemuan tersebut.

"Kakak pun pergi tanya suami dia, suami dia mengaku bahawa memang ada 'buat' secara bersendirian.

Jadi lelaki tu beronani dalam bilik anak sendiri? Apa nak jadi dunia hari ni.

WARGA MAYA

"Kakak saya terima jawapan tu," tulis wanita itu masih ragu-ragu.

Persoalan demi persoalan yang masih belum terjawab, wanita itu cuba mendapatkan pandangan daripada orang ramai melalui luahannya.

"Sekarang ni saya nak cuba tanya kepada kaum lelaki, memang ada ke lelaki beronani pakai kondom?

"Untuk orang yang dah kahwin, dalam masa tiga hingga empat hari memang tak boleh tahan ke?

"Atau benda ni ikut nafsu masing-masing?" lontar wanita itu dengan soalan-soalan yang berlegar di benak fikirannya.

Kerana nafsu, keseluruhan institusi kekeluargaan boleh menjadi berantakan. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengenepikan soalan yang diajukan wanita itu dan dilihat runsing dengan isu yang lebih getir.

"Sekarang ni benda yang paling menakutkan adalah kenapa kondom dan sex toys boleh ada di dalam bilik anak buah?

"Abang ipar tak ada bilik sendiri ke dengan kakak? Peluah cakap anak buah yang bermaksud anak kakak dia. Jadi lelaki tu beronani dalam bilik anak sendiri? Apa nak jadi dunia hari ni.

"Ada kemungkinan besar juga yang suami mencurangi kakak peluah. Tapi untuk berlaku curang di dalam bilik anak sendiri adalah sesuatu yang jauh lebih jijik.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tujuan utama kondom adalah sebagai kaedah pencegahan kehamilan, jadi kenapa perlukan kondom kalau hanya beronani," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga warga maya yang mengatakan si suami bermungkinan mengalami ketagihan pornografi dan menegur mengenai tahap kebersihannya.

"Kalau setakat tiga hingga empat hari, lelaki biasa sepatutnya boleh kawal melainkan dia kaki porno.

"Pengotornya lelaki tu, kalau betul dah bergelora nafsu tu pun, tolonglah buat kerja bagi clean. Ini biar merata-rata 'hasil' yang dikeluarkan. Tentang buat dalam bilik anak buah no comment.

"Tolong pasangkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumah tu untuk dapatkan jawapan yang muktamad," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain