suria

Mak umur 50 hilang nafsu dengan ayah, ligat layan lelaki TikTok... Banyak kali kantoi dengan anak, tapi berani nafi junjung al-Quran

Individu tersebut kecewa dengan sikap ibunya yang lebih meemntingkan nafsu. Gambar hiasan

SEORANG ibu sewajarnya menunjukkan contoh atau teladan yang baik kepada anak-anak terutamanya berkaitan adab, akhlak serta nilai murni.

Namun lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini mengenai tingkah laku ibunya yang cuba bermain kayu tiga di belakang bapanya sendiri.

Luah individu berkenaan, ibunya rajin melayan jejaka yang dikenali menerusi media sosial namun bermati-matian menafikan perkara tersebut meskipun sudah terkantoi.

"Ibu saya baru kantoi melayan lelaki lain. Kenal daripada TikTok. Saya tak tahu nak buat macam mana sebagai anak sulung.

"Hari tu saya nekad untuk tegur dia sebab saya rasa tak boleh nak hadap dia. Setiap kali saya tengok mukanya (ibu), saya teringat apa yang dia buat.

CURANG 1

Menurut individu tersebut, bapanya yang keluar mencari rezeki tidak mengetahui perbuatan curang ibunya. Gambar hiasan

"Saya WhatsApp dan tegur dia untuk berubah serta beritahu yang saya dah tahu semuanya apa yang dia buat.

"Apa yang sedihnya, dia sanggup bersumpah junjung al-Quran dia tak buat benda tu. Dia berkali-kali nafikan dan cakap benda tu dah lama," luahnya.

Individu berkenaan juga menambah, apa yang menghampakannya, ini bukan pertama kali ibunya berkelakuan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pejabat ‘bertaruh’ pikat isteri orang, tak pandang anak dara... Akhirnya ‘kantoi’ ada video, borak mesra di WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, isteri pertikai hubungan sulit dengan ‘nenek’... rupanya sudah lama nikah

Walaupun pernah ditegur sebelum ini, namun dakwa individu tersebut, ibunya seakan-akan tidak belajar daripada kesilapan malah makin menjadi-jadi.

"Bukan sekali ni je pernah kantoi. Sebelum ni juga pernah kantoi tapi dengan lelaki lain. Saya cuba berdepan dengan mak saya sekali dengan adik-adik tapi dia juga tidak mengaku dan bagi alasan saja melayan.

"Saya ingatkan dia berubah selepas kes itu sebab malu dengan anak-anak tapi rupa-rupanya makin teruk. Yang terbaru kantoi ni saya tahu dia bukan melayan seorang lelaki tapi ramai lelaki. Apa perlu saya buat sebagai seorang anak?

"Saya sebagai seorang anak rasa cukup kecewa dengan apa yang mak saya buat. Saya kesian dengan ayah... penat keluar cari rezeki tapi isteri curang.

Suruh mak mengucap ingat Tuhan. Hidup kita ni bukan nak kejar nafsu tapi untuk beribadat kepada Allah.

NETIZEN

"Hari-hari saya menangis. Tak boleh terima apa yang mak saya buat. Umurnya bukanlah muda tapi sudah menganjak 50an.

"Perlu ke saya cuba slow talk dengan ayah saya pula? Mak saya sendiri pernah bercerita dengan someone, katanya sudah tiada nafsu dengan ayah saya," luahnya lagi menerusi kiriman mesej yang disiarkan di laman @twtconfessmy bagi meminta pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi individu berkenaan.

Malah mereka mencadangkan agar individu berkenaan menceritakan situasi sebenar kepada bapanya.

KOMEN CURANG

Netizen mencadangkan individu tersebut memberitahu bapanya hal sebenar.

"Bagitahu je ayah tapi kena siap sedialah kesannya. Lagi satu kalau nak bagitahu ayah kena ada bukti. Takut ayah tak percaya. Moga dipermudahkan urusan awak.

"Orang tua ni kan biasanya dah boleh hidu dah pasangan dia curang, cuma tak ada bukti lagi so dia tunggu dulu. Kumpul bukti bagitau je ayah awak. Biar ayah awak tegur mak elok-elok.

"Suruh mak mengucap ingat Tuhan. Hidup kita ni bukan nak kejar nafsu tapi untuk beribadat kepada Allah.

"Uninstall semua media sosial mak awak, bagi phone biasa je. Delete nombor yang tak ada kena mengena. Makcik-makcik zaman sekarang dah pelik-pelik," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain