NASIB seseorang itu tidak akan diubah melainkan atas kehendak dirinya sendiri. Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di Twitter apabila seorang lelaki nekad untuk meninggalkan persekitaran yang kurang sihat. Menurut lelaki itu, grup WhatsApp yang disertainya bersama rakan-rakan disalahgunakan dengan tujuan untuk mencabul kehormatan wanita. Akal dan fikiran seharusnya didahulukan berbanding kehendak nafsu. -Gambar hiasan Berkemungkinan insiden itu sudah berulang untuk kesekian kalinya, lelaki tersebut memberikan teguran terakhir yang pedas sebelum mengangkat kaki dari grup berkenaan. Teguran pemuda tersebut menarik perhatian warga maya yang mengatakan ia boleh dijadikan pengajaran kepada kumpulan lelaki berhidung belang. "Korang kalau suka sangat snap dan share gambar punggung atau payudara wanita entah siapa-siapa, aku blah (keluar). Jangan masukkan aku lagi dalam grup ni. ARTIKEL BERKAITAN: Depan bakal isteri dialah lelaki ‘terpaling baik’, di belakang ‘rancak’ video call lucah dengan awek lain! Nasib baik kantoi sebelum kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan lelaki ajak abang ‘rider’ buat seks pukul 2 pagi... Netizen syak muka ‘jambu’ punca jadi mangsa selera songsang "Semua dah besar, ada yang dah ada anak dan isteri, jadi fikir sendiri," kata lelaki terbabit memberikan peringatan yang mendalam. Lelaki itu bertegas kepada rakan-rakannya bahawa kifarah itu wujud dan setiap perbuatan baik atau buruk akan ada implikasinya. "Korang dah ada keluarga. Mungkin bukan hari ni, tapi mesti akan kena punya suatu hari nanti. Ciao," kata lelaki itu mengucapkan selamat tinggal. Bagi sesetengah lelaki yang pendek akal, katanya perkara ini normal dan hanya gurauan. WARGA MAYA Pada ciapan lain, lelaki tersebut mengatakan dia hanya ingin menegakkan keadilan untuk kaum Hawa yang sering menjadi mangsa lelaki durjana. "Saya hanya mahu perjuangkan kebenaran. Tak rugi pun hilang member begini," kata pemuda itu berprinsip. Melewati ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji tindakan lelaki itu yang sanggup mengorbankan persahabatannya kerana enggan bersekongkol dalam perkara keji. "Bagi sesetengah lelaki yang pendek akal, katanya perkara ini normal dan hanya gurauan. Sangat red flag ya. "Mereka berahi tengok anggota badan perempuan yang bukan daripada keluarga mereka, cuba kalau kena dekat batang hidung sendiri, mula la nak meracau. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kalau giliran maruah adik, kakak atau isteri mereka yang diratah, barulah mereka nak bercakap soal air muka dan perasaan malu," kata warga maya memberikan kritikan hebat. Seorang warga maya juga sempat berkongsi kisah tentang bekas suaminya yang turut tergolong dalam kelompok lelaki bernafsu buas. "Bagus awak buat macam tu. Saya pernah ada bekas suami yang brainswash saya cakap perkara ini adalah normal dalam grup lelaki. "Sampai suatu hari saya dapat tangkap dia sendiri hantar gambar bogel perempuan ke dalam grup tu. "Dan yang lebih hina mereka ada letak gambar bekas teman wanita suami saya dekat dalam grup tu. Jijik sangat. "Saya bersyukur dah berjaya tinggalkan dia," kata warga maya itu menceritakan liku-liku hidupnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube