BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian kisah pilu yang dilalui seorang suami dari Sabah selepas dia diuji dengan kehilangan isteri tersayang yang baru empat hari melahirkan anak pertama. Semuanya bermula apabila Exly Jailon tidak menerima cuti khas yang diperuntukkan untuk suami apabila isteri bersalin (cuti paterniti) seperti yang ditetapkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, sebaliknya hanya diberikan dua hari sahaja. Semasa membuat permohonan tersebut pula, dia mendakwa diberikan 'kata dua' oleh pihak majikan 'bagus lagi kalau kau turun kerja' seolah-olah meminta untuknya hadir bekerja seperti biasa. Mendiang isteri Exly. Disebabkan tuntutan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk menguruskan isteri serta anak yang baru dilahirkan sehingga isterinya meninggal dunia pada 9 Mei lalu. Difahamkan, cuti paterniti yang diterima hanyalah dua hari, bermula 5 hingga 6 Mei dan syarikat tersebut baru beroperasi kira-kira enam bulan. Menjengah ke halaman Facebook miliknya, dia yang sedih dan terkilan dengan kejadian menimpa turut membuat beberapa hantaran yang menceritakan situasi dialami. "Saya mati-mati (bersungguh-sungguh) kerja... gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah kaku tidak bernyawa! Bayi menangis bersebelahan. Kamu faham perasaan saya?" luahnya dalam salah satu hantaran pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menanti... isteri ajak keluar hadap ‘jam’ rupanya nak cipta memori! Suami terkedu dengar balik rakaman suara dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 10 hari! Tak banyak kenangan tercipta, tak sempat bulan madu... solat bersama arwah suami jadi memori terindah Meskipun 22 hari telah berlalu, namun apa yang dirasainya masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam berlaku. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibayar gaji sepanjang tempoh berkabung. "Lebih baik saya cuti tanpa gaji saja untuk jaga mendiang isteri dulu. Orang cuti berkabung pun kena non pay leave," coretnya lagi. Malah katanya, sejak kejadian tersebut, hatinya sentiasa diruntun pilu selain sering mengalirkan air mata. Syarikat tempat saudara ni bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini. HARAYANIE HARAA Bercerita lanjut tentang situasi yang dialami Exly, Harayanie Haraa berkata, perkara yang menimpa rakannya itu sangat menyentuh perasaan. Tambahan pula dia dimaklumkan bahawa Exly menemukan mendiang isteri sedang kaku bersebelahan anak berusia empat hari yang sedang menangis kelaparan. "Gaji dia juga dipotong selama 13 hari di mana pada masa tersebut sedang berkabung dengan pemergian mendiang," kongsinya lagi. Susulan daripada itu, Harayanie meminta supaya Undang-Undang Hak Asasi Pekerja di Sabah dibuat penelitian semula supaya dapat diubah mengikut kesesuaian. Dia turut mempersoalkan kewajaran cuti paterniti Sabah yang hanya dua hari berbanding Semenanjung yang sudah menetapkan tujuh hari. Cuti tahunan diambil bagi membawa isterinya ke klinik. Gambar kanan: tangkap layar perbualan bersama majikan. "Kenapa beza betul Sabah dengan di sana (Semenanjung). "Syarikat tempat saudara ni bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini sedangkan minta cuti untuk jaga mendiang pun, syarikat suruh turun kerja. "Dia bekerja sebagai pemandu penghantar bekalan untuk cawangan. Bukan pemandu gaji lebih daripada RM1,500?" ujarnya lagi yang berharap terdapat pihak yang sudi untuk memperjuangkan masalah rakannya itu. Malah katanya, kejadian berlaku pada 9 Mei lalu tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang. Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen kurang senang selain berasa marah dengan insiden yang berlaku terhadap Exly. "Banyak syarikat di Sabah ni memang majikan kurang ajar... kalau potong gaji punya main laju. Hak pekerja dia sambil lewa. "Kelemahan sistem dan tidak strict (tegas) di Sabah sendiri. Apa kuasa JTK (Jabatan Tenaga Kerja) terhadap company di Sabah? Tiada pemantauan yang dilakukan," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga meminta nama syarikat didedahkan kepada umum selain turut mengetik Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube