suria

“Lelaki macam ni yang kami benci” - Pemandu e-hailing asyik usap kemaluan, rupanya tak berdaftar di Malaysia

Seorang pemandu dirakam memegang alat sulitnya ketika membawa penumpang.

'TERPERANGKAP' bersama seorang lelaki yang dilihat berkelakuan tidak senonoh dengan melakukan aksi lucah pastinya menakutkan sesiapa sahaja.

Tambahan pula ia berlaku di dalam sebuah kenderaan dengan si pelaku merupakan pemandu yang berupaya bertindak lebih agresif.

Perkara itu didedahkan seorang penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing yang popular di Pakistan.

Menerusi ciapan di Twitter, dia meluahkan rasa jijik dengan perlakuan pemandu terbabit.

Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan, individu tersebut kelihatan sentiasa memegang bahagian kemaluannya.

Malah dia dikatakan sering memandang penumpang sehingga menimbulkan perasaan takut serta tidak selesa.

"Kawan baik saya menempah kenderaan dan pemandunya sentiasa melakukan ini (seperti dalam video) selain sering memandangnya.

"Perbuatan tersebut membuatkannya berasa sangat tidak selesa pada masa itu... apabila kita menyatakan benci lelaki, sebenarnya ia merujuk kepada lelaki sebegini," ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh wanita bertudung buat ‘food review’ ghairah, jilat makanan bentuk kemaluan dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

Menjengah ke ruangan komen, pihak pengurusan syarikat itu tampil memberi maklum balas susulan tularnya rakaman tersebut.

Bagaimanapun syarikat itu seolah-olah memandang ringan isu ini apabila warga maya memintanya mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Syarikat itu menyatakan bahawa aplikasi yang disediakannya mempunyai butang panik untuk membuat panggilan terus kepada polis.

"Hello! Keselamatan adalah salah satu keutamaan kami. Semua pemandu kami menjalani pemeriksaan dokumen mandatori semasa pendaftaran.

Aplikasi ni memang tidak selamat to be honest. I pernah book dan dapat pemandu pakcik.

WARGA MAYA

"Sejarah mahupun geografi panggilan serta pesanan direkodkan dan mudah dikesan. Aplikasi ini mempunyai butang panik untuk panggilan pantas kepada polis," tambahnya.

Terdahulu penumpang terbabit telah diminta untuk tampil memberikan butiran maklumat supaya tindakan dapat diambil terhadap pemandu tersebut.

Meskipun kejadian berlaku di luar negara, namun gangguan seksual yang dirakam penumpang terbabit tular dan mendapat perhatian warga maya di Malaysia.

Paling mengejutkan apabila salah seorang pelayar mendakwa bahawa syarikat ini turut beroperasi di Malaysia namun tidak mempunyai lesen yang sah sebagaimana e-hailing yang lain.

Antara reaksi warga maya

Antara reaksi warga maya.

Dia juga memaklumkan bahawa pihak polis tidak akan mengambil maklum sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

"Hari itu aku book aplikasi ni... apabila dalam kereta, pemandu tanya 'dik kenapa tak ambil Grab?'. Aku pun jawab sebab murah, kemudian dia cakap jangan ambil sebab tak ada lesen dan kalau jadi apa-apa polis tidak ambil tahu.

"Aplikasi ni memang tidak selamat to be honest. I pernah book dan dapat pemandu pakcik. Kemudian pakcik tu tanya dah kahwin atau belum... kemudian dia tiba-tiba WhatsApp I siap wish morning tanya dah makan ke belum.

"Memang ada pemandu e-hailing macam ni. Naik Grab, e-hailing yang lain macam s***," ujar beberapa warga maya yang pernah menempah perkhidmatan syarikat ini di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain