MENJELANG majlis konvokesyen, sana sini dapat dilihat ramai para graduan teruja menonjolkan idea dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan gambar dan video 'pra konvo'. Cukup hanya dengan jubah graduasi, seorang pemuda berjaya menjadikan video 'pra konvo' miliknya luar biasa! Dirakamkan di luar negara, gaya suntingan dan aksinya memperagakan jubah tersebut dilihat seperti sebuah penggambaran iklan mahupun pertunjukan jenama fesyen antarabangsa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita, Airul Omar berkata, dia baru menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di kampus utama di Shah Alam, Selangor, pada Khamis. Namun, pemuda berusia 23 tahun itu mendedahkan video pra konvo yang menyaksikan dia beraksi di The Grand Place, salah satu tarikan pelancong di Bangkok sebenarnya dibuat lebih awal, kira-kira enam bulan lalu. "Ya, ia dirakamkan sewaktu saya bersama rakan-rakan melancong ke Bangkok pada Disember tahun lalu. Kami berada di sana selama lima hari. "Sambil berjalan-jalan, saya dan rakan mengambil peluang untuk menghasilkan video pra konvo di The Grand Palace kerana lokasinya yang sangat cantik," katanya kepada mStar. Airul menghadiri istiadat konvokesyen di UiTM Shah Alam. Mengulas lanjut, graduan Diploma Seni Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pulau Pinang berkata, jubah yang dipakainya dalam video sebenarnya disewakan oleh salah seorang rakannya yang menyertai sesi konvokesyen ketika itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kasut tumit tinggi tak bagi 'kerjasama', tiba-tiba nganga macam mulut buaya! Graduan UiTM panik nak atur langkah atas pentas ARTIKEL BERKAITAN: Graduan gigi rongak gamatkan majlis konvo... Rupanya di sebalik senyuman ada kisah ngeri, 3 hari terlantar di hospital "Kawan tu konvo dulu Disember tahun lepas, jadi dia bawa jubah ke Bangkok untuk video pra konvo. Masa tu saya tahu akan konvo pada tahun ini, jadi saya buatlah video pra konvo juga. "Ia dirakam dan sunting dulu, selepas itu saya simpan dan hanya memuat naiknya apabila tiba masa nak konvo sekarang," ujarnya yang berasal dari Kudat, Sabah. Antara aksi Airul sepanjang pembikinan video 'pra konvo' di Bangkok. Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, tiada tema yang ditetapkan bagi penghasilan video pra konvo tetapi mahu menjadikannya sebagai sesuatu di luar kebiasaan. "Saya mahu pra konvo yang lain daripada lain. Apabila buat di Bangkok, ia seperti saya mahu mewakili UiTM di luar negara. Enam bulan saya 'peram' video sampai tunggu konvo memang berbaloi. AIRUL OMAR GRADUAN UITM "Sebab itulah kami memilih The Grand Palace kerana lokasinya menjadi tumpuan ramai pelancong dari serata dunia, setiap hari. "Kami mengambil masa sehingga tiga jam untuk penggambaran kerana nak tunggu tiada orang di satu-satu bahagian, bagi pengunjung beralih ke tempat lain," katanya yang meminati bidang tarian selain berkebolehan memasak menu butter milk chicken. Keluarga turut hadiri memberi sokongan kepada Airul. Airul yang kini bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur berasa amat berpuas hati apabila video yang disimpan selama enam bulan akhirnya dikongsi di platform media sosial. "Saya sangat gembira. Bukan mudah beraksi dengan cuaca yang panas sampai berpeluh-peluh, ambil masa berjam-jam, banyak gaya 'pusing-pusing' tapi saya sangat puas hati. "Enam bulan saya 'peram' video sampai tunggu konvo memang berbaloi. Kepada graduan lain, serlahkan kreativiti anda... yang penting kena banyak bersabar dalam pembikinannya," kata Airul yang mengimpikan untuk mengusahakan bisnes makanan dan minuman (F&B). Airul memlih The Grand Palace kerana lokasi tumpuan pelancong itu begitu cantik. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dengan perkongsian video pra konvo Airul di Bangkok. "Fuyoh, jubah UiTM dah sampai Bangkok. "Ini pra konvo T20 ni. Tapi tetap slay (kagum). "Kira kau menang la dik sebab dekat overseas," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube