suria

Suami galak cerita aksi di ranjang dengan kawan perempuan, bincang kenapa isteri belum hamil... Siap borak hal klimaks!

Perbualan antara bukan mahram haruslah berpada-pada. -Gambar hiasan

KETIKA keruntuhan akhlak semakin berleluasa, apa yang salah mula dikira sebagai perkara biasa dan normal di mata segelintir masyarakat.

Begitulah kisahnya melalui satu luahan tanpa nama di Twitter apabila seorang suami menormalisasikan perbualan lucah bersama rakan wanitanya.

Isteri berkenaan mengatakan si suami bercerita hal di dalam kelambu kepada orang luar dan perkara itu sangat mengguris hatinya.

Perasaan malu seharusnya ada dalam setiap diri lelaki. -Gambar hiasan

"Saya ada ternampak perbualan suami dengan kawan perempuan dia. Perempuan tu pun isteri orang sebenarnya.

"Suami bercakap dengan dia pasal hubungan intim kami... hal klimaks. Secara khususnya mereka berbicara tentang kesuburan saya dan bagaimana kami mengadakan persetubuhan.

"Mula-mula kawan suami tu tanya kenapa saya belum mengandung lagi selepas seminggu kami dah bernikah," kata wanita itu kecewa dengan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Please leave my daughter alone”- Dr Amalina kesal isu khitan terima komen lucah selepas disensasikan, anak perempuan jadi mangsa netizen otak kuning

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja menyendiri selepas kantoi tengok video lucah, kaunselor kata nak tegur ada cara! Usah anggap tonton porno jijik, salah teruk

Walaupun begitu, ketika wanita berkenaan berdepan dengan suaminya untuk mendapatkan penjelasan, si suami ternyata hanya memandang enteng isu tersebut.

"Saya ajak dia berbincang tentang perbualan yang saya jumpa tu sebab sejujurnya saya sangat terasa hati. Tapi tahu apa dia kata?

"Dia kata perkara tu biasa je, satu permasalahan yang tak perlu dibesar-besarkan. Mendidih darah saya dengar dia tergamak cakap macam tu.

Nak selamat dunia akhirat, jangan ikut benda normal, tapi ikutlah benda betul iaitu ajaran Islam.

WARGA MAYA

"Sekarang kami tengah bergaduh besar sebab dia terlalu yakin dengan diri dia, terlalu pasti yang benda tu tak ada apa-apa," kata wanita itu masih sukar menerima kenyataan tentang suaminya.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian seorang warga maya yang mengakui keadaan masyarakat hari ini sememangnya dicemari budaya kuning.

"Nak selamat dunia akhirat, jangan ikut benda normal, tapi ikutlah benda betul iaitu ajaran Islam.

Dalam melakukan suatu perkara berfikirlah menggunakan kewarasan akal. -Gambar hiasan

"Sebab yang normal itu sudah menyimpang jauh daripada landasan agama. Lihatlah apa yang normal tu, ia termasuk zina, ketagihan pornografi, kelakuan sumbang, dedah aurat, hubungan tidak halal dan banyak lagi.

"Sembang lucah ini pun lagi satu hal. Dulu dekat pejabat aku ada satu staf yang suka tergedik-gedik dan lagi seorang tu miang.

"Memang ngam dua orang tu, kami satu pejabat tengok je mereka bermesra-mesraan," ujarnya.

Seterusnya warga maya itu menyentuh soal naratif daripada Barat yang sesungguhnya menyongsangkan lagi menyesatkan.

"Mereka nak ajak kita lihat semua ini sebagai perkara biasa. Bersifat terbuka. Kalau kita lawan mereka akan kata kita tidak ada perikemanusiaan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Dalam kes suami isteri ni, memanglah hubungan mereka dah halal, tapi masih ada batasan yang perlu dijaga. Bukan semua benda boleh dicanang-canangkan.

"Itu belum kira lagi ada yang selamba bincang tentang posisi seks yang paling best padahal belum kahwin lagi," kata warga maya itu bimbang.

Warga maya lain sempat menceritakan pengalaman berhadapan dengan situasi memalukan yang serupa.

"Ada seorang lelaki dekat satu syarikat ni, dia datang ke pejabat dengan love bite di leher, dia boleh cerita dekat semua tentang proses persetubuhan dia dengan isteri dia semalam.

"Lebih memalukan, kawan-kawan dalam pejabat tu ada yang kenal isteri dia sebab mereka pernah bekerja sekali bawah satu syarikat. Sangat mengaibkan bila difikirkan semula," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain