PEREDARAN zaman membawa kepada perubahan norma masyarakat. Generasi terdahulu mungkin boleh menerima sesuatu perkara atau situasi sebagai kebiasaan manakala generasi milenial pula mungkin sebaliknya. Seperti mana kisah wanita ini yang sering berdepan dilema atau serba salah apabila berurusan dengan anak muda di tempat kerjanya. Ciapan asal di Twitter. Menurutnya, dia risau jika tersilap langkah mungkin boleh menyebabkan staf muda di bawah seliaannya terasa hati. "Mengurus generasi baharu hari ini terasa seperti berjalan atas papan yang rapuh. Aku tersepit di antara nak jadi garang atau berlemah lembut. "Aku rasa berat nak cakap frasa macam dia memang garang tapi dia tak ada niat buruk pun, jangan ambil hati. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah miskin, pemalas pula” - Pemuda cuma mampu gelak sinis, malas layan pelanggan B40 bermuka tebal... acah ada maid di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Mak pilih bulu, gadis sering jadi sasaran makian... dikerah macam kuli, adik-beradik lelaki pemalas tetap anak kesayangan "Aku risau apa yang yang aku buat akan jejaskan kesihatan mental mereka," ujar wanita itu menyuarakan kerisauannya. Wanita itu dalam masa sama gusar jika terlampau memberi muka kelak pekerjanya berasa selesa dan tidak mempelajari perkara baharu. "Kalau aku tolong cover kerja, adakah mereka akan rasa seperti tidak dipercayai? Adakah mereka akan cuba belajar atau mereka ambil remeh sebab dah ada orang buatkan kerja untuk mereka? Kalau garang nanti mereka kata kita kekwat. Kalau lembut, nanti dapat hasil kerja tak bersungguh. WARGA MAYA "Apakah cara terbaik untuk aku pimpin mereka? Adakah aku patut blend in jadi seperti mereka, main TikTok sama-sama, buat video untuk tunjuk langkah kerja satu-persatu? "Sebab sejujurnya tak ada apa yang berkesan untuk mereka ni. Sememangnya tak ada langsung," luah wanita itu. Wanita itu menambah, seperti tidak adil apabila mereka yang sudah 'makan garam' harus berkorban untuk pekerja baharu. "Generasi saya banyak menanggung beban supaya mereka yang muda tidak perlu merasai apa yang kami pernah lalui. Tapi pada masa yang sama, kami nak mereka belajar dan berjaya. Etika bekerja seharusnya dijaga demi prestasi yang produktif. -Gambar hiasan "Aku tak tahu lagi apa yang aku boleh harapkan. Perangai dan ragam berubah tapi keperluan kerja kekal sama. Aku boleh kuasai rentak kerja aku 10 tahun lalu. "Tapi dengan cara dan sikap mereka ni sekarang, aku tak rasa mereka akan ke mana-mana," kata wanita itu menutup perkongsian. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menceritakan perspektif mereka untuk menghadapi permasalahan sebegitu. Ciapan balas warga maya. "Aku ada satu prinsip. Apa yang aku cakap adalah straight to the point. Aku bukan biadab. Aku bukan marah. Aku beritahu apa yang salah dan betul. "Kita bersikap profesional sebagai rakan sekerja. Kalau ada yang terasa hati, itu terpulang kepada tuan empunya badan untuk mematangkan diri. "Kalau garang nanti mereka kata kita kekwat (sombong). Kalau lembut, nanti dapat hasil kerja tak bersungguh. Jadi jawabnya kita kena lembut tapi tegas. "Saya ada cuba cara ni, mereka resign dalam masa sebulan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube