suria

Lif rosak! Pesakit ventilator diletak atas cadar, diusung turun tangga ke ICU - “Ini ‘harga’ bagi RM1 yang dibayar”

Seorang pelayar Twitter luahkan masalah yang dihadapi di hospital kerajaan.

"DAH 2023, lif masih rosak.”

Demikian komen warga maya selepas tular rakaman memaparkan pesakit yang dipasang mesin ventilator diusung turun melalui tangga di sebuah hospital kerajaan.

Di samping bunyi 'beep' mesin yang kedengaran dalam video berdurasi 45 saat itu, dapat juga dilihat hampir 20 kakitangan kerajaan berusaha membawa turun pesakit yang hanya diangkat menggunakan cadar putih.

'Pemandu' pergerakan pula sentiasa mengkoordinasikan langkah supaya tidak berlaku perkara tidak diingini semasa memindahkan pesakit berkenaan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ciapan yang dibuat pemilik video tersebut menunjukkan seolah-olah tindakan tidak pernah diambil oleh pihak atasan setiap kali aduan berkaitan masalah ini dibuat.

“Saya tidak tahu cara macam mana lagi yang terbaik untuk dapatkan tindakan segera daripada pihak atasan. YB (yang berhormat), tolonglah bantu staf YB di sini.

Kakitangan hospital berusaha membawa turun pesakit ventilator ke ICU.

Kakitangan hospital berusaha membawa turun pesakit dipasang ventilator ke ICU.

"Patient ventilated nak ke ICU sampai kena turun tangga macam ni YB,” ciapnya.

Malah katanya, lif yang rosak tidak dibaiki segera sehingga menyukarkan operasi harian di hospital terbabit.

“Kita tidak mahu perkara yang lebih parah terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua terketar-ketar naik tangga, lif apartment selalu rosak... Wanita geram bayar sewa RM1,200 tapi fasiliti teruk!

"Aduan mungkin telah banyak dilaporkan beribu kali, tapi mungkin lebih lama perbincangan di minit mesyuarat sehingga perkara yang perlu disegerakan, dilengahkan,” luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyifatkan pengurusan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dianak tiri.

“Pengurusan fasiliti KKM dianak tiri. Bajet tiada, tu belum cerita green and sustainable building. Cerita ini berulang sampai kiamat, tukarlah menteri dari mana mana parti sama sahaja keputusannya,” luah seorang lagi warga maya.

Bukankah RM1 cukup untuk tampung semua fasiliti KKM?

WARGA MAYA

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menyatakan ‘kedaifan’ fasiliti tersebut berpunca daripada caj bayaran untuk setiap rawatan di hospital kerajaan.

Maklumlah, bayar hanya RM1 bagi setiap kali rawatan manakala RM5 jika mempunyai janji temu bersama pakar.

Kos yang dianggap murah oleh segelintir masyarakat ini dijadikan alasan kenapa fasiliti kerajaan khususnya hospital sentiasa mengalami kerosakan dan lambat dibaiki atau diganti dengan yang baharu.

Warga maya turut meninggalkan reaksi masing-masing.

Warga maya turut meninggalkan reaksi masing-masing.

“Bukankah RM1 cukup untuk tampung semua fasiliti KKM?

The price of RM1 (Harga bagi RM1 yang dibayar),” ujar beberapa warganet lagi.

Pendedahan seorang lagi pelayar Twitter ternyata mengejutkan apabila mendakwa hospital terbabit tidak mempunyai tangga kecemasan selain mengalami masalah pendawaian dan dikatakan satu-satunya premis kesihatan yang tiada sistem bersepadu.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang membuat pautan kepada akaun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ruangan komen di samping Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain