suria

Warga asing ramai suka ke Sabah tapi dilabel negeri paling kotor! Rakyatnya tuding jari kepada warga asing

Sabah tular disebabkan kawasan perkampungan airnya dipenuhi sampah.

UMPAMA tapak pelupusan sampah!

Begitulah keadaan yang dapat dilihat di sekitar kawasan pinggiran laut yang menjadi penempatan sebilangan penduduk di Sabah.

Mana tidaknya, pelbagai jenis sampah dapat dilihat dengan jelas selain dipenuhi plastik serta botol kosong yang terapung di permukaan air.

Keadaan menjijikan itu menyebabkan salah seorang pelayar Facebook menyuarakannya di media sosial.

Hantaran asal yang dibuat pelayar Facebook.

Hantaran asal yang dibuat pelayar Facebook.

Malah dia menyifatkan negeri di bawah bayu itu sebagai negeri paling kotor dalam Malaysia.

"Negeri paling kotor dalam Malaysia aku pernah jejak, Sabah. Dekat Kota Kinabalu kalau pergi perkampungan atas air korang (anda) tengoklah sampah dalam laut.

"Tapi paling hebat Semporna dan Lahad Datu. Sangat menjijikkan! Sampai pelancong yang pernah pergi Sabah ingat seluruh Malaysia macam tu," luahnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan pelancong 'hilang selera' untuk ke pulau-pulau cantik yang terdapat di kawasan sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak senang duduk nampak foto tandas di Kelantan kotor berlumut, wanita ugut pengguna FB - “Suami aku polis, boleh kesan mu”

Penguatkuasa juga didakwa sebagai kaki rasuah serta tidak melaksanakan kerja dengan teliti sehingga menyebabkan para pendatang asing hidup bermaharajalela.

"Penguatkuasa kaki rasuah, tak buat kerja sebab tu pendatang-pendatang ni bermaharaja buang sampah merata... berak merata!

"Apa nak jadi Malaysia ni. Sudah berapa kali tukar kerajaan, sama saja tak boleh pakai," coretnya lagi.

Seperti biasa, aspek kebersihan sama ada di kawasan bandar mahupun desa dan pendalaman, pastinya warga asing akan dipersalahkan.

Yang pengotor tu bukannya orang Sabah pun tapi di area-area pendatang.

WARGA MAYA

Seperti yang disuarakan di ruangan komen, kebanyakan warga maya menyatakan masalah sampah yang berlaku berpunca daripada sikap warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tinggal di kawasan tersebut.

Ada yang menyatakan bahawa majoriti penghuni di kampung air adalah golongan berkenaan.

"Budaya buang sampah ni bukan budaya orang Sabah sebenarnya, tapi budaya pembawaan dari pendatang negara jiran.

"Sampah tu datang dari Kepulauan Sulu, penduduk mereka memang buang sampah di laut... hanyut ke perairan Malaysia. Yang duduk perairan Malaysia tu bukan rakyat Malaysia tapi orang Palauh dan yang selalu buang sampah tu pun mereka.

Gambar lambakan sampah di kawasan perkampungan air di Sabah yang dikongsikannya.

Gambar lambakan sampah di kawasan perkampungan air di Sabah yang dikongsikannya.

"Betul tu... yang pengotor tu bukannya orang Sabah pun tapi di area-area pendatang.

"Pati yang buat hal, Sabahan (rakyat Sabah) yang kena. Yang tinggal di sini semua yang tak ada IC (kad pengenalan), pelarian dari Filipina. Minta mereka dihantar balik ke negara asal," ujar beberapa warga maya.

Apa yang pelik, penduduk setempat seolah-olah tidak takut dengan sistem perundangan negara meskipun notis amaran berkaitan pembuangan sampah telah diletakkan.

"Siap tulis notis akan didenda kalau buang sampah dalam laut tapi apa boleh buat terlampau banyak penduduk yang tinggal di rumah atas air sehingga jadi tak terkawal. Bukan tak ada usaha," luah seorang lagi pelayar Facebook.

Sambungan haram yang dibuat penduduk setempat.

Sambungan haram yang dibuat penduduk setempat.

Namun, paling mengejutkan apabila terdapat warga maya mendedahkan kejadian kecurian air dan tenaga elektrik yang berlaku di negeri terbabit.

Malah ada yang menyifatkan sambungan haram yang dilakukan penduduk setempat itu sebagai 'pacat hisap darah'.

Beberapa gambar berkaitan turut dimuat naik sebagai bukti perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah yang diterajui Datuk Seri Jafry Ariffin, pernah menggesa supaya aktiviti gotong royong dilakukan bagi memastikan kawasan sekitar Sabah bersih daripada sampah sarap.

Ia susulan terdapat sebuah artikel yang mengkategorikan pulau di negeri itu sebagai paling kotor di dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain