suria

“Kita ni selfie pun guna filter” - Aurat klien tak jaga, ‘sentap’ jika larang kongsi foto sebelum mekap… MUA ditegur!

Sesetengah MUA gemar mengambil gambar klien sebelum dan selepas ditatarias sebagai rujukan portfolio. -Gambar sekadar hiasan

BOLEH dikatakan ketika ini kebanyakan wanita lebih gemar menggunakan khidmat jurusolek profesional atau make-up artist (MUA) untuk menata rias wajah mereka lebih-lebih lagi jika mempunyai acara penting seperti majlis perkahwinan, hari graduasi, sesi penggambaran dan sebagainya.

Hasil sentuhan jurusolek profesional ternyata mampu mengubah wajah seseorang agar kelihatan lebih berseri memandangkan pelbagai teknik yang digunakan.

Pendek kata, daripada biasa-biasa, wajah seseorang mampu bertukar menjadi persis selebriti hasil 'tangan ajaib' jurusolek.

Jika kita telusuri, kebanyakan jurusolek akan memuat naik hasil solekan yang dilakukan terhadap klien di media sosial untuk dijadikan portfolio mereka.

Sesetengah jurusolek akan memuat naik keseluruhan proses solekan, bermula dari awal iaitu ketika wajah klien masih polos sehinggalah setelah ditata rias.

mekap 2

Segelintir wanita berasa kurang yakin apabila wajah mereka dirakam tanpa solekan. -Gambar sekadar hiasan

Bagaimanapun, segelintir klien wanita berasa kurang senang atau 'insecure' apabila wajah polos dan pucat mereka dirakam oleh jurusolek.

Seorang individu tampil menyuarakan teguran buat jurusolek agar bersikap lebih memahami dan bertolak ansur dengan permintaan klien khususnya yang enggan wajah polos mereka dirakam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati! MUA 'suka-suka' tawar harga mekap tak masuk akal, slot Aidiladha hampir penuh - “Saya bukan sesiapa... mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah penuh jerawat batu, MUA sampai malu nak mekap pelanggan! Terpedaya dengan produk merkuri, kulit cantik cuma sementara

"Kenapa ya bila hire (upah) MUA, kita wajib jadi bahan marketing MUA? Kita bayar dia, bukan kita minta jadi canvas.

"Bila cakap elok-elok dekat MUA 'saya tak nak ambil gambar before (disolek), tak nak post dekat media sosial muka sebelum make up'.

"Beriya dia pujuk lepas itu bila berkeras tak nak, muka kelat. Kita ni pergi kedai depan rumah pun pakai liptint, pakai bedak sebab malu dekat orang muka pucat. Selfie pun pakai filter.

"Ini selamba nak post dekat media sosial muka pucat kita dengan selempang tuala. Kadang tu aurat customer pun tak jaga. Muka memang tak ready la," demikian luahan individu berkenaan.

Gambar before yang diambil tak ada filter. Bila siap make up, guna filter bukan main. Ini yang saya alami sendiri.

NETIZEN

Tambahnya lagi, bukan sekadar isu kurang berkeyakinan, 'insecure' atau bimbang soal aurat semata-mata, namun segelintir klien wanita mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan mereka enggan akur kepada kehendak jurusolek.

"Selama ni ingat yang selalu post sebelum dan selepas tu atas kerelaan customer. Tapi rupanya macam wajib pula sebab dah dua kali kena.

"Maaflah, kita insecure bila kawan toksik screenshot muka kita, hantar dekat group WhatsApp dan komen bukan-bukan.

"Untuk MUA, maaf... Tak semua customer circle dia baik-baik, semua confident muka tanpa make up. Bila ada yang tak nak di post tu, tolonglah faham. Share hasil selepas make up pun dah memadai rasanya," demikian teguran yang disuarakan individu berkenaan.

Sekadar coretan luahan hati di TikTok, video yang dimuat naik oleh individu tersebut meraih lebih 369,000 jumlah tontonan dengan rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakannya.

Malah ada yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa ketika menggunakan khidmat jurusolek.

komen mekap

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Before pun lighting tak buka... bila dah siap solek, tala (tuju) ring light dekat muka. Sakit hati betul.

"Gambar before yang diambil tak ada filter. Bila siap make up, guna filter bukan main. Ini yang saya alami sendiri.

"Betul tu... bila kita cakap kita bayar, dia marah balik cakap tak hairan dengan duit kita.

"Member baru kena hari tu. MUA post video dia freehair," demikian sebahagian komen warga maya.

Namun begitu, ada dalam kalangan jurusolek yang turut memberi maklum balas terhadap video tersebut.

"Saya biasanya tak ambil gambar klien yang before, selalunya akan ambil yang selepas disolek sahaja.

"Saya dulu saja pernah post... selepas customer tegur, saya tak post langsung sebab hormat customer," komen mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain