BERTUAHNYA ibu bapa dikurniakan anak-anak yang sanggup mengenepikan kepentingan sendiri demi menjaga serta berbakti kepada orang tua mereka. Bagaimanapun, boleh dikatakan ketika ini sudah tidak ramai anak muda yang berpegang dengan pendirian 'wang ringgit boleh dicari, ibu bapa tiada galang ganti' dalam kehidupan mereka. Dalam satu hantaran menyentuh hati ramai, seorang guru berkongsi kisah seorang pemuda yang ditemuinya secara kebetulan ketika menggunakan khidmat e-hailing baru-baru ini. Menurut guru bernama Mohd Fadli Salleh, dia terpanggil untuk membuat coretan mengenai kisah pemandu e-hailing tersebut kerana begitu kagum dan menghormati pendirian seorang anak muda sepertinya. Mohd Fadli sering membuat perkongsian mengenai pendidikan dan isu semasa di Facebook. "Umur dia 29 tahun. Dia berhenti kerja dan full-time bawa Grab. Kenapa berhenti kerja tetap dan bawa Grab? soalku. "(Jawabnya) Saya duduk dengan nenek. Nenek saya dah mula ada sakit darah tinggi, mula menua. Kadangkala perlu penjagaan lebih. Bawa Grab ni masa kerja fleksibel," demikian mukadimah perbualan antara kedua-dua mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja, balik kampung jaga mak sakit! Video ibu menangis anak nak tinggalkan wad undang air mata - “Pukul 5 pagi saya kena halau” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mau menyesal” - Berhenti kerja di KL, balik kampung demi jaga ibu lumpuh... anak yakin pasti ada ganjaran Selanjutnya, Mohd Fadli berbasa-basi dengan bertanyakan status pemuda tersebut memandangkan usianya bakal mencecah 30 tahun. Namun jawapan yang diberikan oleh pemuda berkenaan benar-benar membuatkan guru itu terkesima. Kalau nenek pun dia jaga elok, InsyaAllah isteri dan anak-anak lebih elok dia jaga. NETIZEN "Ya duduk berdua dengan nenek sahaja. Punca saya lewat sikit kahwin pun sebab jaga nenek selain nak simpan duit lebih sikit. Kita nak jaga anak orang kena bersedia bang. "Ramai kawan saya bercerai kerana masalah kewangan. Saya tak mahu begitu. Balasnya jujur. Fuh. Respect sungguh aku kat anak muda ni. Jarang anak muda berfikiran jauh macam ni. "Dia tak fikir sedap kahwin je. Dia fikir tanggungjawab, dia fikir kesan dan akibat dulu. Paling aku kagum, dia sanggup berhenti kerja semata-mata nak jaga nenek," kongsi Mohd Fadli, mengimbas perbualannya dengan pemuda berkenaan. Sebahagian komen warga maya yang memuji pemuda berkenaan. Perkongsian guru berkenaan meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya turut memuji pendirian pemuda itu. "Bertuah bakal isteri beliau. Semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat dik. "Kalau nenek pun dia jaga elok, InsyaAllah isteri dan anak-anak lebih elok dia jaga. "Moga Allah pelihara. Mungkin nenek dia yang jaga dia dari kecil, kadangkala pengalaman yang dilalui dari kecil mematangkan jiwa seseorang," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube