suria

Naik meluat dengan awek ‘terpaling Universal Studios’, asyik sembang perlekeh Genting SkyWorlds - “Singapura je pun...”

Lelaki ini (kiri) rimas dengan sikap angkuh seorang perempuan yang ditemuinya ketika di taman tema.

KETERUJAAN dan keriangan percutian adakalanya boleh terbantut dengan insiden kecil atau remeh.

Begitulah yang dialami lelaki ini yang berasa rimas dan terganggu ketika membawa anak-anak buahnya ke taman tema Genting SkyWorlds baru-baru ini.

Melalui satu perkongsian di Twitter, Haie Lee, 38, menceritakan bagaimana telinganya bingit mendengar bebelan seorang gadis ketika sedang beratur untuk menaiki salah satu permainan di situ.

Universal Studios di Singapura. -Gambar hiasan

Bercerita kepada mStar, Haie berkata wanita tempatan bermulut murai itu lantang membandingkan Universal Studios di Singapura dengan pusat hiburan yang terletak di Genting Highlands, Pahang tersebut.

"Saya memang kerja di Genting Highlands. Rumah di Bukit Beruntung, Selangor. Saja bawa anak buah naik ke atas sebab dah lama janji dengan mereka nak jalan-jalan.

"Semuanya normal pada mulanya. Tapi cuma waktu tengah beratur, saya mula jadi geram dengan sekumpulan gadis Melayu di depan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara mengajar tak disenangi, guru terpaksa ‘hadap’ bapa murid angkuh tayang kunci BMW - “Saya biasa makan semeja dengan menteri”

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib rider GrabFood... dituduh salah oleh pemandu angkuh, kos baiki motor tanggung sendiri - “Dia mahu menang juga”

"Dalam kumpulan tu ada enam orang, semua okay, tapi ada seorang perempuan ni yang 'terpaling' nak bercakap tentang Universal Studios di Singapura.

"Gadis muda lagi dalam awal 20-an macam tu. Cara dia bercakap tu seolah-olah macam dia seorang je yang pernah sampai ke sana," kata Haie.

Walaupun Genting SkyWorlds merupakan salah satu lokasi pelancongan kebanggaan Malaysia, namun di mata gadis itu apa yang ada di negara seberang tambak adalah lebih megah.

Eleh terpaling Universal Studios tapi setakat Singapura punya je pun.

WARGA MAYA

"Sampailah kami dah masuk ke dalam roller coaster dia tak habis bercakap lagi. Cakap dekat sini tiada itu ini, dekat sana ada itu ini.

"Banyak kurang dekat SkyWorlds, Universal Studios yang the best. Tapi yang menariknya, saya perasan kawan dia dalam kumpulan dia tu pun macam menyampah dengar dia cakap.

"Mereka main phone je dan buat hal sendiri, dia cuma bercakap seorang diri. Anak buah saya semua tengah excited nak naik permainan, saya je yang telinga berdesing dengar rungutan dia.

"Saya sempat jeling ke belakang kot dia boleh berhenti tapi dia terus berceloteh. Lepas habis main roller coaster, saya terus bawa anak buah ke tempat lain, tak nak dekat dengan perempuan tu dah," ujar Haie.

Anak buah Haie di Genting SkyWorlds.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata perangai wanita itu boleh diibaratkan seperti rusa masuk ke kampung.

"Dia tengah jakun tu, baru sampai ke negara 'overseas' walaupun Singapura je. Semuanya dirasakan 'wow'.

"Benda jarang dapat, itu yang dia betul-betul menghargai.

"Eleh terpaling Universal Studios tapi setakat Singapura punya je pun," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain