suria

12 jam sehari atas motor, rider sedap gaji hampir RM2,000 seminggu! Kini derita slip disc... Kewangan merudum, nak bergerak pun susah

Rider ini berdepan masalah kesihatan kerana terlalu kuat bekerja.

PERKONGSIAN tentang gaji lumayan yang diraih golongan rider penghantar makanan meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu tangkap layar tular, seorang rider mengumpul RM1,860 selepas dia bekerja selama seminggu, bermula 8 sehingga 14 Mei.

Di sebalik perkongsian gaji lumayan itu, seorang wanita tampil membuat pendedahan tentang suaminya yang sudah hampir tiga tahun bekerja sebagai rider.

rider1

Topik gaji rider hangat diperkatakan di Twitter.

Menurut wanita itu, kesungguhan suaminya bekerja tanpa henti menyebabkan dia sakit, sekali gus menjejaskan kelangsungan hidup mereka keluarga.

"Suami saya rider dah nak masuk tiga tahun. Gaji dia mingguan lebih kurang bayaran macam ni. Mantain batch satu setiap minggu.

"Minggu-minggu tak mahu cuti sebab nak mantain punya fasal. Sekarang tiga bulan dah terlantar di rumah sebab slip disc. Ekonomi keluarga jangan cakaplah, memang drop habis," dedahnya.

Teruk jadi rider pejuang batch satu. 11 hingga 12 jam hari-hari atas motor. Hujan panas tak pernah rehat.

ISTERI RIDER SLIP DISC

Menerusi siri ciapan di Twitter, wanita itu bercerita lanjut tentang penderitaan yang dilalui suaminya selepas disahkan menghidap masalah slip disc baru-baru ini.

Lebih teruk, mereka juga terpaksa berbelanja ribuan ringgit untuk mencuba pelbagai rawatan demi mencari kesembuhan buat suaminya.

"Last on aplikasi bulan Februari 2023. Mula ingat sakit biasa. Pergi pemeriksaan hospital tak pernah masuk wad. Tiga kali pergi hospital yang sama, cakap kejang otot.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

"Asal jalan separuh nak mati, last hospital baru la dia terangkan cakap slip disc apa bagai ni. Memang tak pernah jangka slip disc. Punyalah lama ambil masa.

"Kami mengurut sana-sini. Balik kampung urut itu ini. Tu belum tengok mengurut saraf dekat tempat yang agak famous, harga T20 sampai RM1,000 lebih. Tak jadi apa juga," ceritanya.

Tambah wanita itu, usaha suaminya menuntut bayaran rawatan daripada ejen insurans juga gagal atas sebab-sebab tertentu.

Dalam perkembangan terbaharu, suaminya kini mengikuti rawatan susulan untuk fisioterapi di hospital dan masih berdepan masalah seperti kesukaran untuk bergerak kerana kediaman yang terletak di tingkat tiga.

file7ed4ey6uqzr14sq78hu0

Dalam kesibukan bekerja, setiap pekerja perlu menjaga kesihatan masing-masing.

"Teruk jadi rider pejuang batch satu. 11 hingga 12 jam hari-hari atas motor. Hujan panas tak pernah rehat. Tengok gaji minggu-minggu memang tak dinafikan memang sangat-sangat sedap.

"Nak bangun sakit, nak duduk sakit, nak jalan sakit, nak berdiri lama pun sakit. Nak jalan lama lagi la sakit. Yang teruknya kami duduk tingkat tiga. Kalau nak turun ambil masa sangat lama.

"Turun berapa tangga, berhenti. Turun sikit berhenti. Sebab sakit, pernah banyak kali kami dah bersiap nak keluar, sampai hujung flat dah sakit, kami masuk rumah, tidur," ceritanya lagi.

file7kqs441e9011epaywnok

Rider berdepan pelbagai cabaran dalam melunaskan tanggungjawab mereka.

Di hujung perkongsian yang menerima lebih 1, 200 ulang kicau (retweet) itu, dia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan suaminya.

"Saya memang tak pernah publish sakit suami di mana-mana, TikTok, Instagram ke memang tak pernah langsung, hanya orang terdekat yang tahu.

"Yang mendoakan suami saya terima kasih sangat-sangat, semoga doa yang baik berbalik kepada anda juga," tulisnya lagi.

Untuk rekod, sistem pemarkahan diwujudkan untuk memastikan rider yang berprestasi tinggi diiktiraf secara adil.

Sistem pemarkahan adalah penting untuk penunggang Foodpanda kerana prestasi kerja anda mereka menentukan batch dan proses pemilihan jadual kerja anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan