TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya. Susulan jenaka sensitif yang dipersembahkan oleh pelawak solo wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, warga Malaysia melancarkan 'serangan' di media sosial sebagai tindak balas terhadap penghinaan yang dilontarkan kepada negara ini. Sejak Rabu, media sosial dihujani dengan komen kecaman netizen Malaysia yang meluahkan rasa marah kepada pelawak wanita tersebut. Tidak sekadar melontarkan komen, netizen Malaysia yang digelar 'tentera bawang' turut memuat naik gambar yang memperlihatkan aksi jelik rakyat negara republik itu ketika berkunjung ke Malaysia. Antaranya, aksi pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang selamba mengisi petrol RON95 ketika masuk ke negara ini. Pemandu menggunakan bata dan penanjak untuk menyengetkan kereta. -Gambar media sosial "Rakyat terpaling first world country (negara dunia pertama) curi minyak petrol subsidi rakyat Malaysia," demikian kapsyen pada satu perkongsian yang di Twitter pada Khamis. Sekeping gambar yang turut dimuat naik bersama perkongsian itu memperlihatkan seorang pemandu lelaki sedang mengisi minyak kuning (RON95) untuk keretanya yang bernombor pendaftaran Singapura. Menurut individu yang membuat perkongsian berkenaan, gambar itu dikatakan dirakam di sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelawak wanita Singapura hina Malaysia, buat jenaka isu tragedi MH370 ARTIKEL BERKAITAN: Singapura mohon maaf kepada Malaysia susulan lawak melampau Jocelyn Chia Namun, ia tidak menyatakan butiran lanjut seperti tarikh dan masa gambar kejadian itu dirakam. Untuk makluman, harga petrol di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di Singapura kerana inisiatif kerajaan negara ini yang memberi subsidi kepada rakyat tempatan. Selain daripada perkongsian gambar terbaharu itu, netizen turut 'menggali' dan memuat naik gambar lama memaparkan aksi rakyat republik itu di stesen minyak. Bila nampak kereta Singapura isi kuning, buat announcement. Lepas tu semua baling telur kat kereta dia. NETIZEN Apa yang melucukan, ada di antara pemandu yang menggunakan 'jack' serta batu bagi menyengetkan kereta ketika mengisi petrol. Susulan itu, rata-rata warga maya mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu dengan nombor pendaftaran asing agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan subsidi petrol yang diperuntukkan untuk rakyat tempatan. "Stesen minyak patut sediakan sekotak telur. Bila nampak kereta Singapura isi kuning, buat announcement. Lepas tu semua baling telur kat kereta dia. "Boleh tak kita buat, bila nampak je plat ni isi RON95 terus kita pekik? Aku nak buat. Serious. "Lepas isi minyak dia pergi kencing merata. Dasar hina mengalahkan binatang. "Apa lagi, kuatkuasakan serta-merta kalau nak isi minyak, wajib sertakan nombor plat dan pembayaran hanya di kaunter," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen Malaysia pada perkongsian tersebut. Terdahulu, Jocelyn dikecam hebat kerana bertindak menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program komediri (stand-up comedy) pada Selasa. Menerusi satu video berdurasi 1.29 saat yang tular di media sosial, pelawak itu beberapa kali dilihat sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya. Wanita terbabit membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya dengan melabel negara ini sebagai negara yang sedang membangun. Selain itu, Jocelyn turut menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370, dalam komedi yang dipersembahkan. Susulan itu, Singapura menerusi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ekoran tindakan melampau pelawak tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube