suria

Setiap hari menangis, bawa mangga ke kubur! Suami hilang isteri trauma bergelap, berhenti kerja selepas cuma dapat 2 hari cuti paterniti

Exly meneruskan hidup dengan bayi lelaki itu selepas isterinya meninggal dunia sebulan lalu.

TULAR baru-baru ini kisah seorang suami dari Sabah yang mendakwa hanya diberikan cuti paterniti selama dua hari oleh majikannya.

Empat hari selepas menimang bayi lelaki, Exly Jailon, 31, menyedari isterinya, Juana Karagas, 32, meninggal dunia selepas dia pulang bekerja pada waktu malam.

Lebih pilu, dia menemukan mayat isterinya yang terbaring di dalam bilik, di sisi bayi mereka yang sedang menangis, dipercayai kerana kelaparan.

exly2

Edy menziarahi Exly selepas sebulan kejadian duka itu.

Sebulan selepas peristiwa duka itu, aktivis kebajikan terkenal Sabah, Adrian Edy, 27, turut berkesempatan menziarahi pemuda tersebut di kampungnya yang terletak di Kota Marudu.

"Bayi lelaki pasangan itu lahir pada 4 Mei. Isterinya ditemukan meninggal pada 9 Mei, selepas abang Exly pulang bekerja. Lebih kurang sebulan selepas kejadian itu, saya datang menziarahinya.

"Kata Abang Exly, isterinya meninggal di rumah sewa mereka di daerah Penampang. Mendiang dikebumikan di kampung asalnya di Kota Marudu. Selain datang ziarah, saya juga bawa sumbangan keperluan untuk dia dan anaknya.

Masa dia balik kerja, rumah berada dalam keadaan gelap. Dia peluk jasad isterinya dalam gelap. Sampai sekarang dia trauma kalau berada dalam gelap.

ADRIAN EDY

"Menurut Abang Exly. Dia buat dua kerja, sebagai pemandu lori dan pengawal keselamatan. Selepas isteri meninggal, dia terus berhenti kerja dan balik kampung. Dia nak tunggu genap 100 hari kematian mendiang, baru cari kerja baharu," ujarnya kepada mStar.

Dalam pertemuan penuh emosi itu, Exly turut mengimbas semula detik pilu ketika dia menemukan tubuh mendiang yang terbaring kaku bersebelahan bayi mereka.

"Abang Exly masih trauma sampai sekarang. Masa dia balik kerja, rumah berada dalam keadaan gelap. Dia peluk jasad isterinya dalam gelap. Sampai sekarang dia trauma kalau berada dalam gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat walau pakai kasut getah RM9! Murid miskin punya bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil takut ke tadika kena rentas titi usang! Pemuda ‘angkut geng’, jambatan 3 tahun rosak dibaiki dalam masa 4 jam

"Pada waktu itu, bayi juga menangis. Abang Exly syak isterinya telah meninggal awal lagi, sebelum dia balik kerja dalam pukul 8 malam. Namun mujurlah bayinya berada dalam keadaan baik-baik saja," cerita Edy lagi.

Selepas pertemuan di rumah keluarganya, Exly turut membawa Edy untuk menziarahi kubur isterinya yang terletak di Kampung Tandawahon Marak Parak.

Imbas Edy, dia turut beremosi pada waktu itu melihat Exly yang tumpah air mata sambil duduk bersebelahan pusara mendiang isterinya.

exly6

Foto kenangan Exly dan mendiang.

"Lepas ziarah dia dan bayinya, abang Exly bawa saya ke kubur mendiang. Masa ziarah tu, suasana penuh dengan emosi. Dia memeluk kubur mendiang. Memang betul-betul rasa kehilangan.

"Abang Exly kata dia banyak kenangan dengan mendiang. Mereka suka naik motor sama, pergi cuba makanan di restoran. Mereka suka food hunting. Masa dia kerja pemandu lori, mendiang juga suka ikut dia kerja.

"Lebih pilu, Abang Exly akan bawa mangga ke kubur isterinya. Dalam kepercayaan Kristian, penganutnya percaya roh mendiang masih ada di kubur itu. Jadi dia akan bawa makanan kegemarannya hari-hari ke situ," cerita Edy.

exly3

Edy turut dibawa menziarahi kubur mendiang.

Menurut Edy, bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Exly tidak terhenti di situ, sebaliknya dia terbuka untuk membantunya lagi pada masa akan datang.

Edy turut berkongsi video pertemuanya dengan Exly sehingga dia menerima ratusan komen daripada netizen yang bersimpati dengan kejadian berkenaan.

"Walaupun tak kenal, tapi sangat terkesan baca kisah Exly ni.

"Sayangnya suami kepada isterinya. Semua kesukaan isteri, suami ingat," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain