KAUM Adam sering diharapkan untuk menjadi pemimpin dan pelindung wanita. Namun begitu, kerap timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan lelaki yang melihat situasi ini sebagai tidak adil. Begitulah satu luahan di Twitter apabila seorang individu mengkritik normalisasi lelaki perlu berkorban dan melakukan segala-galanya ketika dalam fasa mengenali seorang wanita. Menjayakan sesuatu hubungan itu memerlukan kesefahaman dan keserasian. -Gambar hiasan Menurut jejaka itu, mereka harus merancang dan pada masa yang sama mengeluarkan perbelanjaan untuk janji temu hanya kerana kerana ia sudah menjadi kebiasaan. "Kisah dalam talking stage. Lelaki kena drive, tanggung duit minyak, bayar tambang tol dan lot parkir. Bayar RM50 untuk makan tengah hari dua orang. "Bayar RM50 untuk tiket wayang dua orang. Bayar RM50 untuk makan kudap-kudap seperti kopi premium dan popcorn. ARTIKEL BERKAITAN: Naya! Lelaki seronok timang cahaya mata, minta cuti bos terus buang kerja sebab bersalin tak ikut ‘due date’ - “Kerja you siapa nak buat... aku?” ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan TikToker ‘broken’ naik 90kg, syukur jejaka kenal di PUBG sudi ubati hati... ‘first date’ di rumah famili lelaki "Lepas tu bayar RM100 untuk makan malam mewah," ujar lelaki itu mempersoalkan amalan-amalan ini yang seperti sudah sebati dalam masyarakat. Berdasarkan perincian perbelanjaan yang dinyatakan, dapat dianggarkan kos untuk sehari janji temu pasangan bercinta adalah sebanyak RM200 hingga RM300. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata kebiasaan sebegitu perlu diubah. "Wanita akan cakap yang ayah mereka manjakan mereka seperti permata, jadi jangan rendahkan standard untuk lelaki. Don't settle for less," katanya. Kenal dia luar dalam, kalau rasa sekufu baru ajak dia keluar dan berbelanja untuk dia. WARGA MAYA "Minta dengan lelaki benda itu ini yang mahal-mahal, kita kena bagi juga sebab katanya ayah dia boleh buat. Kalau tak bagi nanti dia kata kita tak komited untuk hubungan tu. "Tapi dia tak sedar yang ayah dia dah kerja enam dekad, nak bandingkan dengan lelaki yang umur pun lebih kurang sebaya dengan dia," antara komen warga maya. Netizen lain pula menasihatkan seseorang itu untuk mengenali hati budi seorang wanita terlebih dahulu sebelum mencurahkan tenaga dan wang dalam hubungan. "Nama pun talking stage kan. Bercakap je dulu melalui perbualan atau mesej teks selama mana yang perlu, kenal dia luar dalam dan tengok boleh serasi ke tak. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kalau rasa sekufu baru ajak dia keluar dan berbelanja untuk dia," kata netizen. Netizen lain pula menganggap wanita hari ini bagai sudah diracun dengan pengaruh daripada Barat yang menetapkan peraturan-peraturan baharu dalam percintaan. "Wanita dah terjebak dengan dating style dan gaya hidup moden tetapi mahukan lelaki tradisional yang akan berkorban apa sahaja untuk dirinya. "Untuk lelaki pula, ada je wanita yang boleh terima awak seadanya dan ada juga yang sanggup bayar separuh-separuh ketika keluar date. "Tetapi mereka ni gadis biasa sahaja, awak dah tolak awal-awal, bukanlah seperti princess cantik high maintenance yang awak duduk terkejar-kejar tu," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube