suria

Wow! Ramai tak keruan tengok jejaka sado cuci gunting, terus rasa nak potong rambut - “Abang ni barber ke tok mudim?”

Aksi Wan yang tidak berbaju menyebabkan dia menjadi perhatian netizen.

VIDEO memaparkan seorang tukang gunting rambut yang tidak berbaju meraih perhatian ramai di media sosial.

Aksi pemuda itu yang sedang membersihkan gunting turut dihujani dengan usikan nakal daripada netizen termasuklah yang bertanyakan lokasi kedainya.

"Kalau macam ni, nak gunting rambut hari-hari la.

"Ni dah macam barber kat Brazil bang.

"Abang ni barber ke tok mudim?" tulis beberapa netizen di TikTok.

Ketika dihubungi mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Iswan Razif Surip berkata dia ada alasan tersendiri di sebalik perkongsian video-video tersebut.

Sebab kita dah masuk dalam media sosial, jadi kita kena tadah. Kena kecam tu benda biasa.

MUHAMMAD ISWAN RAZIF SURIP

"Sebelum ini saya kurus kering. Berat 48 kilogram (kg). Saya stres, nak pakai baju pun tak cantik. Jadi saya mula bersenam dan makan cara sihat sehingga dapat berat 55kg sekarang.

"Jadi, saya kongsi video ke aplikasi TikTok sebagai motivasi untuk diri. Kalau saya tak buat video, saya tak nampak perubahan pada badan. Orang yang follow saya dari mula mesti nampak perubahan" ujarnya ketika dihubungi.

Mengulas komen-komen nakal netizen, dia yang senang disapa Wan mengakui tidak berkecil hati, sebaliknya menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Duda sado bikin panas berniaga durian tayang badan - “Saya bukan jual maruah, masih pakai seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je!

"Saya biarkan saja. Saya ambil pendekatan positif. Sebab kita dah masuk dalam media sosial, jadi kita kena tadah. Kena kecam tu benda biasa. Ia tak mendatangkan apa-apa.

"Orang kata, siapa suruh post? Yang mesej nak berkenalan pun ada. Itu benda biasa. Alhamdulillah, saya juga ada dapat pelanggan dari TikTok," ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Bercerita tentang perjalanannya dalam mengusahakan sebuah kedai gunting rambut di Batu Pahat, Johor, Wan berkata minat itu bermula sejak di bangku sekolah lagi.

wan2

Wan bersama dua pembantunya.

"Saya mula masa tingkatan tiga. Kawan minta gunting rambut, jadi saya cuba. Masa tu tak ada YouTube. Bila pergi ke bandar, saya duduk depan saloon dan tengok cara mereka gunting rambut, balik rumah saya cuba tiru semula.

"Lama-kelamaan bila ada akses internet, saya juga tengok tutorial di YouTube. Selepas itu, saya masuk kursus juga untuk tambah kemahiran," ujarnya yang dibantu dua lagi tukang gunting rambut di kedainya.

Cerita Wan lagi, dia gembira dengan pencapaiannya ketika ini dan tidak pernah menyesali tindakannya meninggalkan bidang automotif.

wan4

Wan berkongsi tentang perubahan fizikalnya menerusi media sosial.

"Dulu saya belajar bidang Automotif. Ketika sedang belajar, saya dapat tawaran sambung belajar ke Jepun. Tapi tak ada rezeki masa last interview.

"Selepas tamat belajar, saya sempat kerja di pusat servis dalam setahun. Kemudian keluarga bantu saya buka kedai gunting rambut.

"Terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa bagi sokongan. Dari saya gunting tepi rumah sampai dah buka kedai. Tanpa sokongan anda, saya tiada di sini," ujar Wan yang sudah tujuh tahun mengusahakan kedai itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain