TULAR baru-baru ini video memaparkan seorang pengantin perempuan yang menyolek wajahnya sendiri sebelum majlis berlangsung. Video yang meraih 2.1 juta tontonan itu turut dihujani komen netizen yang memuji sentuhan kreatif pengantin berkenaan. "Cantiklah walau hasil air tangan sendiri. Moga bahagia dan kekal hingga ke jannah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Mekap sendiri pun lawa dik. Kat situ dah banyak awak boleh jimat bajet," tulis beberapa netizen. Cerita pengantin bernama Nur Alwani Ahmad, 22, dia menggunakan khidmat seorang jurusolek untuk majlis akad nikahnya pada 27 Mei lalu. Namun, dia memilih untuk membuat solekan sendiri ketika majlis kedua di pihak lelaki pada 4 Jun demi menjimatkan kos. Saya buat mekap tu dalam sejam... ambil masa sikit untuk bahagian bulu mata. NUR ALWANI AHMAD "Masa majlis belah pengantin perempuan, saya dah ambil jurumekap. Sebab masa tu ingat nak cantik-cantik sempena majlis kahwin. "Kemudian apabila fikir-fikir balik, baik mekap sendiri. Sebab kami dah habis banyak dah. Sebab tu masa majlis belah laki, saya nekad nak mekap sendiri je. "Ada je jurumekap yang available cuma bajet kan... Saya rasa macam rugi buang beratus sebab mekap je," ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Mekap sendiri, pakai baju lama! Pengantin baharu selamat ‘kahwin bajet’, kos bawah RM1,000 - “Saya tak pernah fikir tentang orang” ARTIKEL BERKAITAN: Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000... tanpa songket atau lace tetap terserlah seri pengantin! - "Mak ayah sanggup turunkan harga hantaran" Senang disapa Wany, gadis dari Pendang, Kedah itu menyolek wajahnya selama sejam dan dia mengakui berpuas hati dengan hasil sentuhan tangannya. "Saya buat mekap tu dalam sejam. Ambil masa sikit untuk bahagian bulu mata. Serius cakap, saya tak reti pakai bulu mata palsu. Sebab tu saya ambil jurumekap masa majlis sebelumnya. "Apabila mekap kali kedua, saya ambil semula bulu mata yang dah pakai hari tu. Cuma saya beli gam sahaja. Masa tunang dulu pun saya mekap sendiri," imbasnya lagi. Wany dan suami berkenalan sejak tahun 2017. Mengulas video solekannya yang tular di TikTok, Wany mengakui terharu dengan komen pujian daripada netizen. "Saya pun tak sangka, terkejut. Kawan-kawan tegur video dah viral. Ramai tegur cantik, mereka kata tak perlu habiskan beratus ringgit bayar mekap," ujarnya. Bercerita tentang pernikahannya, Wany berkata dia mengenali suaminya, Zulfikri Ishak, 24, sejak tahun 2017. Wany bersama suaminya ketika majlis akad nikah Mei lalu. "Kenal masa saya umur 15 tahun. Masa tu kami kawan biasa, kadang-kadang keluar bersama. Tapi tak serius. Kemudian kami terputus hubungan sebelum jumpa balik masa tahun 2020. "Tiba-tiba dia macam nak serius dengan saya. Saya cakap dah anggap macam abang, risau kalau couple, nanti putus takut bermasam muka. "Tapi tak sangka jodoh daripada Allah. Alhamdulillah couple 2020, tunang 2022 dan kahwin 2023," cerita Wany lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube