suria

Menantu tak berminat tolong kemas rumah mentua walau menumpang... Selamba beri alasan bukan kediaman sendiri

Seorang wanita seharusnya cuba untuk membantu dalam hal-hal kerja rumah. -Gambar hiasan

ALAM perkahwinan bukan hanya soal pasangan yang sekufu tetapi meliputi hubungan baik dengan kedua-dua belah keluarga.

Jika keluarga pasangan bertukar daripada kawan kepada lawan, rumah tangga yang dibina pasti berdepan masalah dan goyah.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang meluahkan isi hatinya di Twitter bagi mendapatkan sokongan tetapi sebaliknya dikecam hebat warga maya.

Kebersihan rumah merupakan tanggungjawab bersama. -Gambar hiasan

Dalam luahan tersebut, wanita terbabit berkeras bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan kerja-kerja rumah di kediaman mentuanya kerana berpendapat itu bukan rumahnya sendiri.

"Saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri. Sementara tu saya tinggal di rumah keluarga mentua saya.

"Boleh diterima ke kalau saya tak tolong buat kerja dekat rumah tu. Saya segan sebab itu bukan rumah saya pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib dapat suami sekeluarga pemalas... ibu mentua suruh masak juadah, adik-beradik ipar perempuan selamba tidur pagi raya

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kemas, wangi... suami tertipu, dah kahwin baru tahu isteri cantik pengotor teruk - “Pad berdarah dia, aku ajar cuci bersih”

"Siapa suruh suami lambat nak dapat rumah," kata wanita itu dalam luahan berkenaan.

Luahan itu mendapat perhatian pemilik platform yang menegur wanita tersebut agar merendahkan egonya.

"Tolong la sikit-sikit pun tak apa. Walaupun rumah orang, tapi kan duduk sama-sama bawah satu bumbung.

Bersyukur mak mentua sudi nak bagi tumpang rumah untuk berteduh, daripada kau kena merempat bawah jambatan.

WARGA MAYA

"Sekurang-kurangnya kekalkan kebersihan rumah tu pun dah memadai, jangan kotorkan lagi kalau dah malas sangat," katanya.

Warga maya lain pula mengatakan persepsi wanita tersebut adalah janggal dan seolah-olah tidak mempunyai empati.

"Saya pernah tidur dua malam di rumah mak mentua tapi saya tetap cuba tolong apa yang patut. Saya takut saya rasa diri ni pemalas. Saya juga seorang yang sangat pemalu.

"Sampai suami beritahu yang saya bukan orang gaji kenapa nak fikir sangat. Ini semua kita panggil sebagai common sense.

"Awak yang bersetuju untuk kahwin dengan dia walaupun tahu dia tak ada rumah sendiri lagi. Pilihan awak sendiri. Lepas tu cakap konon dia terpaling princess.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Bersyukur la mak mentua sudi nak bagi tumpang rumah untuk berteduh, daripada kau kena merempat bawah jambatan, baru kau tahu waktu tu," kata sebahagian warga maya.

Seorang warga maya pula risau akan nasib suami wanita berkenaan yang sepertinya sudah membuat pilihan hidup yang salah.

"Saya kesian dekat brader yang kahwin dengan perempuan ni, selamat saya ucapkan semuanya. Banyak merungut ni pedih telinga nak mendengar.

"Tak ada langsung ke nak tolong suami cari rumah sekali, memang harap nak goyang kaki je ke, baru awal berkahwin pun dah macam ni.

"Untuk si suami, semoga bertabah ya, kita mungkin tak kenal antara satu sama lain tapi aku harap kau kuat," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain