suria

Abah tengah mandi terkejut anak lelaki bakar Proton Exora! Senyap-senyap ambil pemetik api, cucuh kain selimut kereta

Kelihatan keadaan kereta Proton Exora yang terbakar.

“BUKAN anak dia saja tak berani main bakar-bakar selepas ini, dengan anak-anak jiran pun takut.”

Itu antara komen netizen pada video berdurasi 30 saat yang dikongsikan pengguna akaun TikTok dengan nama Amanda Alyssa.

Mana tidaknya, pada video berkenaan kedengaran suara garang seorang ibu memarahi anaknya kerana hampir menyebabkan kereta mereka hangus terbakar.

“Dia ambil pemetik api senyap-senyap, kemudian bakar... tak lama (nanti) bakar rumah pula.

“Tak sayang harta benda mama? Ingat senang nak beli? Habis (terbakar) kereta ni,” ujarnya marah.

Meneliti rakaman tersebut, kelihatan kesan terbakar pada bahagian belakang kereta jenis Proton Exora akibat perbuatan kanak-kanak lelaki terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga api meletup di tangan anak, netizen ‘sembur’ ibu bapa lalai! Ramai makin risau andai mercun dihalalkan, makin tiada kawalan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ajak pergi camping, selamba je bapa buat unggun api depan rumah... tapi ‘benda’ lain di tingkap jiran pula jadi perhatian

Bercerita kepada mStar, Nor Aisyah Abd Karim, 30, berkata, pada masa kejadian dia sedang berniaga di kedai makan berhampiran sebuah pasaraya terkemuka di Baling, Kedah.

“Tiba-tiba nampak abah dia datang hantar anak tengah menangis teresak-esak. Saya tanya kenapa... dia pun jawab ‘abah pulas telinga’.

“Masa tu ingatkan buat salah sikit saja. Apabila balik rumah, abah dia suruh pergi tengok apa yang anak dah buat,” ujarnya yang turut terkejut melihat kesan terbakar berkenaan.

Nor Aisyah bersama suami dan anak-anaknya.

Nor Aisyah bersama suami dan anak-anaknya.

Dia kemudian bertanya sama ada suaminya sedar atau tidak ketika anak mereka Mohd Asyami Al Zahfran Mohd Zulhelmi yang baru berusia 4 tahun itu bermain pemetik api.

Pun begitu, suaminya memaklumkan semasa kejadian kira-kira pukul 11 pagi, dia baru sahaja pergi ke bilik air untuk mandi.

“Dia cakap pergi mandi sekejap saja, keluar tengok api dah marak. Rupanya anak ambil pemetik api abahnya untuk main.

Kalau buat macam ni memang kena marah, tak boleh layan sangat bimbang lain pula yang dibakar.

WARGA MAYA

“Dia sendiri nyalakan dekat kain yang abahnya selimut kereta tu... kereta baru lepas gosok, tunggu nak cat,” luahnya lagi sambil menambah Muhammad merupakan anak keempatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan tindakan Nor Aisyah yang memarahi anaknya.

“Kalau marah macam ni, baru dia tahu apa salah dia dan takut nak buat lagi.

Mohd Asyami merupakan anak keempat.

Mohd Asyami merupakan anak keempat.

“Puas hati dengar dia marah anak.

“Kalau buat macam ni, memang kena marah, tak boleh layan sangat bimbang lain pula yang dibakar.

“Biar anak nangis, jangan kita nangis... saya sokong sis,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati dan menyamakan suaranya memarahi anak seperti jurusolek terkenal Mua Bellaz.

Iyalah, mungkin lenggok suaranya sama kerana sama-sama berasal dari utara tanah air.

“Aku ingat dia guna sound Mua Bellaz.

“Macam suara Mua Bellaz. Cara cakap pun sama juga,” ujar beberapa lagi pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain